30 Jun 2026, 09:19:14 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Chery Malaysia Selesai Menyerahkan 50 Kenderaan kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

Chery Corporate Malaysia telah menyempurnakan penyerahan  kesemua 50 kenderaan di bawah Program Bantuan Kenderaan Sementara kepada keluarga  yang terjejas akibat insiden letupan gas di Putra Heights, Selangor.  Inisiatif ini, diumumkan pada 2 April (sehari selepas insiden), adalah sebahagian daripada  komitmen berterusan Chery dalam menyokong komuniti tempatan ketika berdepan krisis. Chery telah menyerahkan 25 kenderaan pada

Chery Corporate Malaysia telah menyempurnakan penyerahan  kesemua 50 kenderaan di bawah Program Bantuan Kenderaan Sementara kepada keluarga  yang terjejas akibat insiden letupan gas di Putra Heights, Selangor. 

Inisiatif ini, diumumkan pada 2 April (sehari selepas insiden), adalah sebahagian daripada  komitmen berterusan Chery dalam menyokong komuniti tempatan ketika berdepan krisis. Chery telah menyerahkan 25 kenderaan pada 4 April untuk kumpulan pertama, diikuti baki  kenderaan kepada untuk penerima terakhir, pada minggu lepas (9 April). 

Program Bantuan Kenderaan Sementara ini bertujuan untuk membantu keluarga yang terjejas  dengan menyediakan pengangkutan sementara bagi membolehkan mereka mendapatkan  perkhidmatan penting seperti perjalanan harian, janji temu perubatan, dan menghantar anak anak ke sekolah. 

Chery Malaysia Selesai Menyerahkan 50 Kenderaan kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

Chery Corporate Malaysia telah bekerjasama dengan Pejabat YAB Dato’ Seri Amirudin Shari,  Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti  Selangor, serta pihak berkuasa tempatan dalam menyelaraskan pengagihan kenderaan bagi  memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar. 

Pinjaman kenderaan selama sebulan ini turut merangkumi bantuan wang petrol sebanyak  RM100 kepada setiap penerima. Selain itu, Chery juga telah menyumbangkan RM50,000  kepada Masjid Putra Heights yang telah memberi perlindungan kepada lebih 80 keluarga  terkesan. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban operasi masjid, khususnya  dalam menangani kos utiliti dalam menyokong usahanya sebagai pusat pemindahan  sementara. 

Chery Malaysia kekal komited untuk menjadi lebih daripada sekadar syarikat automotif – kami  ingin terus menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles