01 Jul 2026, 04:39:31 PM

Top 5 This Week

Related Posts

BYD Sisma Auto Giatkan Pertumbuhan Dengan Pembukaan Cawangan Ketiga Di Mutiara Damansara

BYD Sisma Auto meneruskan perluasan rangkaiannya dengan  pembukaan rasmi bilik pameran kontemporari di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara — yang  kini menjadi cawangan ketiganya di Lembah Klang. Pelancaran yang bermakna ini menjadi penanda  aras baharu yang selari dengan dedikasi syarikat untuk menyediakan akses lebih mudah kepada pelanggan terhadap model kenderaan elektrik (EV) canggih BYD.   Terletak

Terletak di aras bawah (G.29 & GA29) Pusat Beli-Belah IPC, bilik pameran BYD Sisma Auto baharu  ini menawarkan suasana yang nyaman dan mempamerkan barisan lengkap kenderaan inovatif elektrik BYD, serta menyediakan peluang pandu uji bagi pengunjung yang ingin mengalami sendiri  mobiliti canggih BYD. 

Bagi mempertingkatkan lagi pengalaman di bilik pameran tersebut, BYD Sisma Auto bekerjasama  dengan Espresso Lab untuk memperkenalkan ruang kopi premium yang menawarkan kopi berkualiti  tinggi dan hidangan ringan dalam suasana santai. 

BYD Sisma Auto Giatkan Pertumbuhan Dengan Pembukaan Cawangan Ketiga Di Mutiara Damansara

Selain bilik pamerannya, pelanggan yang membeli kenderaan BYD akan menikmati sokongan lepas  jualan yang menyenangkan di pusat servis canggih BYD di Glenmarie, Shah Alam. Dilengkapi  dengan 16 ruang servis, kemudahan canggih berkenaan direka untuk menawarkan  penyelenggaraan kenderaan yang menyeluruh bagi memastikan setiap kenderaan BYD berada  dalam prestasinya yang terbaik, sentiasa. 

Untuk lebih memudahkan pelanggan, BYD Sisma Auto turut menawarkan servis layanan premium,  yang menyediakan perkhidmatan untuk mengambil dan menghantar kenderaan untuk diservis terus dari rumah atau pejabat pelanggan. 

BYD Sisma Auto Giatkan Pertumbuhan Dengan Pembukaan Cawangan Ketiga Di Mutiara Damansara

Pengarah Urusan Sisma Auto Group, Syed Khalil bin Syed Ibrahim berkata, pengembangan  strategik ini adalah sebahagian daripada usaha SISMA Auto untuk memperkukuh kehadiran BYD  dalam pasaran automotive elektrik Malaysia yang sedang giat berkembang.

“Kami juga teruja untuk mengendalikan tiga cawangan BYD ketika ini, dengan cawangan di  Glenmarie, PJ dan kini Mutiara Damansara,” jelasnya. 

Bilik pameran ini dibuka setiap hari dari pukul 10AM hingga 10PM, memberikan banyak masa  kepada pelanggan untuk meneroka teknologi EV terkini BYD.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles