Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat Proton, hari ini secara rasmi melancarkan Jelajah MISI 5, pengembaraan ke seluruh negara untuk memperkenalkan model kedua Proton e.MAS. Model e.MAS 5, sebuah kenderaan EV mampu milik bakal menjelajah lima wilayah di seluruh negara dari Ogos hingga Oktober 2025. Menerusi pratonton eksklusif di lokasi-lokasi tumpuan pelancongan
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat Proton, hari ini secara rasmi melancarkan Jelajah MISI 5, pengembaraan ke seluruh negara untuk memperkenalkan model kedua Proton e.MAS. Model e.MAS 5, sebuah kenderaan EV mampu milik bakal menjelajah lima wilayah di seluruh negara dari Ogos hingga Oktober 2025.
Menerusi pratonton eksklusif di lokasi-lokasi tumpuan pelancongan serta di bilik pameran Proton e.MAS di 13 negeri, Jelajah MISI 5 bertujuan untuk membawa pengalaman EV kepada rakyat Malaysia. Orang ramai berpeluang melihat dan merasai sendiri kecanggihan e.MAS 5 lebih awal sebelum pelancarannya yang dijadualkan pada hujung tahun ini.
Dengan tumpuan di lokasi pelancongan dan hentian di bilik pameran Proton e.MAS, Jelajah MISI 5 membawakan pengalaman EV terus kepada rakyat Malaysia. Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat e.MAS 5 lebih awal sebelum pelancarannya.
Menjelajah ke Lembah Klang, Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak, orang ramai berpeluang mengenali e.MAS 5 dengan lebih dekat menerusi sesi penerangan, melihat sendiri kenderaan canggih ini, serta menyertai aktiviti interaktif yang menarik. Aktiviti ini diadakan untuk mempamerkan reka bentuk moden, ruang simpanan yang luas dan teknologi pintar e.MAS 5.
Bukan hanya sekadar pratonton, Jelajah MISI 5 menunjukkan bagaimana e.MAS 5 disesuaikan dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Dari generasi belia yang menetap di bandar sibuk dengan kerja, kelas dan aktiviti sosial sehinggalah mempunyai keluarga yang sentiasa menguruskan rutin harian dengan menghantar anak ke sekolah, membeli keperluan dan merancang percutian hujung minggu, e.MAS 5 direka untuk melengkapi segalanya.
Dengan ciri pintar seperti kawalan pra-penyejukan dan merancang untuk mengecas kereta, e.MAS 5 direka untuk memudahkan kehidupan harian. Bahagian ruang dalamannya yang luas dan praktikal, cukup fleksibel untuk menyimpan beg gym, barang dapur atau kelengkapan keluarga. Pemanduannya juga meyakinkan dengan sokongan teknologi keselamatan terkini seperti pengecasan pantas 80% pada masa yang singkat, memuatkan stroller dan barang-barang tanpa masalah serta memandu dalam keadaan yang tenang di tengah kesibukan kota raya, e.MAS 5 dapat membantu keperluan harian anda.
Mengetengahkan pengalaman sebenar, Jelajah MISI 5 akan merentasi lima wilayah, dengan setiap lokasi menampilkan oleh persona gaya hidup serta pempengaruh popular yang akan menyahut cabaran jelajah ini. Daripada bidang fesyen dan budaya, sehinggalah ke bidang makanan, seni dan aktiviti lasak.
Jelajah di Lembah Klang, pereka fesyen dan personaliti TV, Karl Shafek (Fashionista), akan mengubah e.MAS 5 menjadi studio solekan bergerak sempena KL Fashion Week. Di bahagian Selatan pula, Johan Eskandar (Pencinta Budaya) akan meneroka tapak warisan dan hentian mesra haiwan peliharaan dengan kecomelan kucing kesayangannya. Di bahagian Utara, Soyabelacan (Penggemar Makanan) akan memasak dan menghidang juadah istimewa terus dari ruang simpanan hadapan kereta e.MAS 5.
Di bahagian Pantai Timur, pelukis mural Zameer Paintbrush (Pengembara Kreatif) akan menjadikan e.MAS 5 sebagai kanvas bergerak untuk menghasilkan karya seni secara langsung. Akhir sekali di Sabah dan Sarawak, content creator yang energetik, Ain Ramli (Pemburu Cabaran), akan menguji had melalui siaran langsung bertemakan genre seram yang bakal mencatat rekod, dengan sokongan teknologi canggih e.MAS 5.
Kempen jelajah ini akan berlangsung di beberapa wilayah utama di seluruh negara, bermula di Lembah Klang yang meliputi negeri Selangor dan Kuala Lumpur dari 8 hingga 10 Ogos serta disambung semula pada 15 hingga 17 Ogos. Seterusnya, kempen akan menuju ke wilayah Utara yang merangkumi negeri-negeri Penang, Perak dan Kedah dari 21 hingga 25 Ogos.
Bagi wilayah Pantai Timur, kempen akan singgah di Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula 4 hingga 8 September. Di bahagian Selatan pula, negeri Johor akan menerima kehadiran kempen dari 13 hingga 15 September, diikuti oleh Negeri Sembilan dan Melaka pada 20 hingga 21 September. Akhir sekali, kempen akan menjelajah ke Malaysia Timur, bermula di Sarawak dari 25 hingga 28 September dan kemudian di Sabah dari 3 hingga 5 Oktober.
Jelajah MISI 5 Bermula di Lembah Klang dari 9 hingga 17 Ogos
Dengan permulaan jelajah di kawasan Lembah Klang, Proton e.MAS 5 akan membuat penampilannya di beberapa lokasi ikonik pada 15 Ogos, termasuk Batu Caves, Masjid Wilayah, Pasar Seni, KLCC dan Jambatan Saloma.
Dari 9 hingga 17 Ogos, jelajah di kawasan Lembah Klang turut menampilkan hentian pratonton eksklusif di bilik pameran Proton e.MAS terpilih, memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat Proton e.MAS 5 dalam suasana bilik pameran selesa:
· 9 Ogos: SG Car (Shah Alam), Wheelcorp (Setia Alam), EON (Glenmarie) dan AJG (Puchong)
· 10 Ogos: AJG (Sri Kembangan), Jawira (Balakong), ProAuto (Kajang) dan Jewel Sonic (Putrajaya)
· 16 Ogos: Able Mobility (Cheras), MBF EV (Jalan Tun Razak), Cahaya (Segambut) dan Igreen (Setapak)
· 17 Ogos: Pantai Bharu (Rawang), EON (Damansara), Regal Motor (Petaling Jaya) dan Peringgit (Jalan Klang Lama)



