01 Jul 2026, 04:49:39 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Proton e.MAS 7 Catat Penghantaran Keseluruhannya Sebanyak 5,811 Unit

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat Proton, mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025. Jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos, merangkumi 5,455 unit jualan tempatan dan 356 unit dieksport ke 4 pasaran

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat Proton, mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025.

Jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos, merangkumi 5,455 unit jualan tempatan dan 356 unit dieksport ke 4 pasaran antarabangsa.

Dengan pencapaian ini, Proton e.MAS 7 kini telah menjadi kenderaan elektrik paling laris di Malaysia selama lapan bulan berturut-turut, mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran sejak awal tahun.

Berdasarkan data pendaftaran terkini JPJ, model ini terus menguasai pasaran sehingga separuh kedua tahun 2025, dengan 5,455 unit didaftarkan pada bulan Ogos dan jumlah keseluruhan setakat ini mencecah 5,811 unit.

Proton e.MAS 7 Catat Penghantaran Keseluruhannya Sebanyak 5,811 Unit

Dengan pegangan pasaran sebanyak 24%, hampir satu daripada setiap empat EV yang terjual di Malaysia ialah Proton e.MAS 7.

Pada bulan Ogos 2025 yang lepas telah menandakan satu pencapaian penting dengan perasmian rasmi kilang EV pertama Proton di Tanjung Malim. Sejak diperkenalkan, Proton e.MAS 7 telah dipasarkan sebagai model CBU (completely built-up) dari China bagi memenuhi permintaan awal.

Proton e.MAS 7 Catat Penghantaran Keseluruhannya Sebanyak 5,811 Unit

Dengan kemudahan baharu yang sudahpun mula beroperasi, Proton e.MAS 7 akan beralih kepada pemasangan tempatan (CKD) dalam masa terdekat, sekali gus mencatat sejarah sebagai kenderaan elektrik pertama Proton yang dipasang di Malaysia.

Kilang baharu yang terletak di dalam Automotive High Technology Valley (AHTV) ini mempunyai kapasiti sebanyak 20,000 kenderaan setahun, dengan keupayaan untuk ditingkatkan sehingga 45,000 unit apabila permintaan meningkat.

Proton e.MAS 7 Catat Penghantaran Keseluruhannya Sebanyak 5,811 Unit

Pemasangan tempatan ini akan memperkukuh peranan PRO-NET dalam membangunkan ekosistem EV Malaysia dengan meningkatkan aksesibiliti, mewujudkan peluang pekerjaan, serta menggalakkan penglibatan lebih besar daripada vendor tempatan dalam rantaian bekalan.

Langkah ini turut mencerminkan aspirasi Kerajaan untuk menjadikan Tanjung Malim sebagai hab EV Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pengeluaran EV Proton pada harga berdaya saing menjelang Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober 2025.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles