30 Jun 2026, 06:21:09 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Rakyat Malaysia Boleh Menuju Terus ke Merdeka 118 Melalui Belfield Tunnel Baharu

Para pengunjung ke Merdeka 118 kini boleh menggunakan laluan yang lebih lancar untuk menuju ke presint ini dengan pembukaan rasmi Belfield Tunnel. Projek infrastruktur ini, yang dilaksanakan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), akan membuka satu lagi jalan masuk ke Menara Merdeka 118, menara kedua tertinggi

Para pengunjung ke Merdeka 118 kini boleh menggunakan laluan yang lebih lancar untuk menuju ke presint ini dengan pembukaan rasmi Belfield Tunnel. Projek infrastruktur ini, yang dilaksanakan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), akan membuka satu lagi jalan masuk ke Menara Merdeka 118, menara kedua tertinggi

Meliputi jarak lebih dari satu kilometer, Belfield Tunnel ialah terowong dua tingkat kedua Malaysia, yang direka secara eksklusif untuk kenderaan yang berulang-alik ke Merdeka 118. Jalan ini menyediakan laluan masuk dan keluar alternatif, untuk melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di pusat bandar raya. 

Rakyat Malaysia Boleh Menuju Terus ke Merdeka 118 Melalui Belfield Tunnel Baharu

Ketua Pegawai Eksekutif PMVSB, Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, “Kami dengan sukacitanya, mengumumkan pembukaan Belfield Tunnel sebagai satu titik hubungan penting yang akan memudahkan kunjungan ke Merdeka 118 dan mercu tanda di sekelilingnya, termasuk Stadium Merdeka. Matlamat kami ialah untuk menyediakan perjalanan yang lancar dan menyenangkan ke ibu kota, memudahkan kunjungan untuk semua. Dengan ruang sebanyak 8,000 tempat letak kereta, kami berharap untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari segenap lapisan masyarakat, daripada ahli perniagaan profesional kepada pembeli dan pelancong untuk menikmati kemudahan yang disediakan di Merdeka 118 apabila dibuka sepenuhnya kelak.”

Belfield Tunnel boleh diakses menerusi dua jalan masuk, iaitu Jalan Syed Putra dan Jalan Damansara, yang membawa kenderaan terus ke tempat letak kereta bawah tanah 4 di Menara Merdeka 118. Untuk bergerak keluar, kenderaan boleh dipandu dari tempat letak kereta bawah tanah 5 menuju ke dua jalan keluar, iaitu Jalan Syed Putra dan Jalan Istana. 

Rakyat Malaysia Boleh Menuju Terus ke Merdeka 118 Melalui Belfield Tunnel Baharu

Kemudahan masuk strategik ini bertujuan mengurangkan kesesakan di jalan-jalan utama bandar raya dan menambah baik aliran trafik di kawasan sekitar, mengurangkan pertambahan lalu lintas kenderaan di sekitar presint Merdeka 118, iaitu Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Tuah, dan Jalan Maharajalela. 

Dengan pembukaan Belfield Tunnel, pengunjung kini boleh keluar masuk ke presint Merdeka 118 dengan mudah. Sama ada untuk urusan perniagaan, beriadah atau pelancongan, kerja naik taraf yang dirancang rapi ini jelas menambah baik kemudahan perjalanan kenderaan. Terowong ini juga boleh digunakan oleh pengunjung ke satu-satunya hotel Park Hyatt Kuala Lumpur di Malaysia dan juga ke pusat beli-belah 118 Mall, yang kedua- duanya akan dibuka pada Q2 2025 dan Q2 2026, memastikan laluan keluar masuk yang lancar untuk menikmati penginapan mewah dan pengalaman beli-belah yang menyeronokkan untuk semua. 

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles