30 Jun 2026, 07:49:17 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Program Balik Kampung Raya dengan Selamat bersama BHPetrol

Sebagai acara tahunan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, BHPetrol meneruskan tradisi untuk mengadakan majlis ‘Program Balik Kampung Dengan Selamat’ bersama pelanggan, rakan perniagaan dan rakan sekerja.  Pada tahun ini,  stesen BHPetrol Sg. Besi Harmony (PLUS arah Selatan) telah dipilih untuk menjalankan acara tersebut kerana lokasinya sangat strategik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, sesuai buat para

Sebanyak 300 beg cenderahati dipenuhi dengan makanan ringan dan minuman diagihkan kepada pelanggan-pelanggan yang singgah di stesen tersebut sebagai bekalan perjalanan ke destinasi masing-masing.  Pelanggan stesen turut menerima sampul raya berupa baucar BHPetrol yang boleh ditebus di mana-mana stesen minyak BHPetrol. Bersesuaian dengan perjalanan pulang ke kampung halaman, pelanggan yang berkunjung ke stesen turut diberi keistimewaan pemeriksaan kenderaan secara percuma bagi 9-checkpoint yang disediakan oleh pihak PLUS. Turut berlangsung adalah perkongsian dan persediaan tips keselamatan jalan raya sempena musim perayaan ini, terutama sekali berkaitan pemanduan jarak jauh yang disampaikan oleh Encik Mohd Yusuf Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS serta klip video yang disediakan oleh pempengaruh digital Abang Gan daripada PanduLaju.

Program Balik Kampung Raya dengan Selamat bersama BHPetrol

“Saya berharap kepada semua yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk  menyambut Hari Raya Aidilfitri agar memandu dengan berhati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Bergembiralah menyambut perayaan bersama keluarga dan orang tersayang. Jangan lupa untuk singgah di mana-mana stesen BHPetrol untuk mengisi semula tangki anda dengan bahan api Infiniti untuk perjalanan yang lancar. Makanan ringan dan minuman dari kedai serbaneka BHPetromart juga tersedia untuk anda semua. Semoga selamat sampai dan Selamat Hari Raya Aildifitri, Maaf Zahir dan Batin”, kata Ir Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol. 

Program Balik Kampung Raya dengan Selamat bersama BHPetrol

Selain Azizul, program ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Fauzi Bin Puniran, Ketua Pegawai Komersial PLUS, En Idris Mohd Noh, Ketua Pegawai Eksekutif dari Wawasan Bintang selaku rakan strategik program dan pegawai atasan BHPetrol dan PLUS.  Turut memeriahkan program adalah Duta Jenama BHPetrol, artis Alif Satar serta pengusaha-pengusaha stesen minyak BHPetrol di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, rakan-rakan niaga, wakil media dan pelanggan stesen.  

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles