30 Jun 2026, 08:59:12 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Kadar Caj Baharu Perkhidmatan Bergerak Puspakom Mulai 1 April 2025

PUSPAKOM Sdn Bhd (“PUSPAKOM”) mengumumkan pindaan kepada Perkhidmatan Bergerak bermula 1 April 2025, selepas pertimbangan  untuk menyelaraskan caj perkhidmatannya dengan struktur kos masa kini. Pindaan ini hanya melibatkan caj perkhidmatan bagi Van Bergerak (“MVS”) dan Trak Bergerak  (“MTS”).   Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, menjelaskan bahawa pindaan kadar caj ini dibuat setelah kajian menyeluruh

PUSPAKOM Sdn Bhd (“PUSPAKOM”) mengumumkan pindaan kepada Perkhidmatan Bergerak bermula 1 April 2025, selepas pertimbangan  untuk menyelaraskan caj perkhidmatannya dengan struktur kos masa kini. Pindaan ini hanya melibatkan caj perkhidmatan bagi Van Bergerak (“MVS”) dan Trak Bergerak  (“MTS”).   Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, menjelaskan bahawa pindaan kadar caj ini dibuat setelah kajian menyeluruh

PUSPAKOM Sdn Bhd (“PUSPAKOM”) mengumumkan pindaan kepada Perkhidmatan Bergerak bermula 1 April 2025, selepas pertimbangan  untuk menyelaraskan caj perkhidmatannya dengan struktur kos masa kini. Pindaan ini hanya melibatkan caj perkhidmatan bagi Van Bergerak (“MVS”) dan Trak Bergerak  (“MTS”).  

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, menjelaskan bahawa pindaan kadar caj ini dibuat setelah kajian menyeluruh dijalankan bagi  memastikan kelestarian Perkhidmatan Bergerak PUSPAKOM dapat dikekalkan untuk  manfaat pelanggan. 

“Kadar caj baharu ini hanya melibatkan perkhidmatan bagi MTS dan MVS. Pelanggan yang membawa kenderaan ke cawangan PUSPAKOM tidak akan terkesan dengan  perubahan ini”, kata Mahmood.  

“Perubahan ini sejajar dengan peningkatan kos operasi Perkhidmatan Bergerak kami. Walau bagaimanapun fi pemeriksaan kenderaan kekal tidak berubah,” jelas Mahmood  lagi. 

Perbandingan antara caj perkhidmatan semasa dan baharu untuk MTS dan MVS  adalah seperti dalam jadual berikut:

Unit  

Bergerak 

Jarak  Caj Semasa (RM) Kenaikan 

(RM)

Caj Baharu 

(RM) 

Kenaikan (%)
MTS  

(sehari)

50km 

pertama 

3,000.00  300.00  3,300.00  10%
MVS  

(per unit)

50km  

pertama 

100.00  20.00  120.00  20%

MTS menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kepada syarikat yang memiliki jumlah  kenderaan yang besar seperti operator kenderaan perdagangan, syarikat  penghantaran barang, sekolah memandu dan pengedar kenderaan. Manakala MVS  menawarkan pemeriksaan untuk kenderaan persendirian, termasuk tukar hak milik  kenderaan, cukai jalan tamat tempoh dan pendaftaran kenderaan import. Kedua-dua  perkhidmatan ini merupakan kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan pemeriksaan di lokasi pilihan mereka tanpa perlu hadir ke cawangan PUSPAKOM. 

Untuk makluman, kali terakhir semakan harga caj perkhidmatan dibuat adalah pada  tahun 2007, walaupun berlaku kenaikan dalam Indeks Harga Pengguna (“CPI”)  berlaku setiap tahun. 

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan Perkhidmatan Bergerak PUSPAKOM  boleh membuat tempahan melalui aplikasi MyPUSPAKOM bagi tempahan individu. Bagi tempahan secara pukal, sila hubungi pasukan pemasaran PUSPAKOM di  marketing@puspakom.com.my

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles