30 Jun 2026, 10:37:09 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Tan Chong Motor Holdings Dan Warisan TC Holdings Berganding Bahu Memberikan Bantuan Kenderaan Kepada Penduduk Putra Heights Yang Terjejas

Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) dan Warisan TC Holdings Berhad (WTCH) berganding bahu memberikan bantuan segera kepada penduduk Putra Heights yang terjejas akibat kebocoran paip gas yang mengakibatkan kebakaran pada  1 April 2025. Syarikat-syarikat ini menyediakan sekurang-kurangnya 30 unit kenderaan jenama Nissan, GAC Motor dan Renault di bawah program pinjaman kenderaan untuk  membantu keluarga

Inisiatif ini hasil kerjasama antara TCMH, WTCH, Kementerian Pengangkutan, Kerajaan  Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan, bersama-sama berganding bahu untuk  mempercepatkan pengagihan bantuan dan sokongan kepada komuniti Putra Heights.

“Kami berasa sedih melihat kesan dan kerosakan yang dialami penduduk di sana,  terutamanya dalam musim perayaan ini. Kami turut bersimpati dan berharap mereka yang  cedera dapat segera pulih,” kata Daniel Ho Wai Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TCMH. 

“Kami berharap sokongan ini dapat membantu penduduk yang terjejas kembali ke kehidupan  harian mereka dan mengurangkan sebarang gangguan mobiliti mereka,” tambah Daniel Ho. 

TCMH dan WTCH kekal komited untuk terus memberi sokongan kepada komuniti Putra Heights dan akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan  untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan. 

Penduduk yang terjejas digalakkan mendaftar dengan pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan  Negeri Selangor untuk mendapatkan bantuan segera di +60 16-412 2721 (Jen).

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles