Lexus Malaysia secara rasmi membuka pintu kepada Lexus Subang Jaya, sebuah kemudahan 3S yang serba baharu dan sepenuhnya terintegrasi, direka untuk memenuhi keperluan komuniti yang dinamik dan berkembang. Terletak di SS16, cawangan baharu ini mempunyai lokasi yang strategik untuk memberi perkhidmatan kepada pelbagai demografi daripada kejiranan yang sudah lama terbina dan golongan profesional muda, sehinggalah
Dibina dengan perhatian teliti terhadap setiap perincian yang menjadi tanda tangan Lexus, pusat baharu ini menawarkan Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) di bawah satu bumbung, memastikan perjalanan pelanggan yang lengkap dari pembelian hingga penjagaan selepas jualan. Bilik pameran ini direka dengan ruang yang dipertimbangkan sepenuhnya, disesuaikan untuk memberikan pengalaman yang lancar dan peribadi kepada pelanggan.
Dari sudut servis, pusat ini dilengkapi dengan teknologi diagnostik terkini dan dikendalikan oleh juruteknik yang diperakui oleh Lexus, memastikan kenderaan diselenggara dengan tahap ketepatan dan kecekapan yang tertinggi.
Mewakili pendekatan futuristik Lexus, Lexus Subang Jaya ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri cekap tenaga seperti pencahayaan LED dan bahan mesra alam, meneguhkan sokongan berterusan jenama ini terhadap usaha Malaysia menuju masa depan yang lebih lestari.
Sebagai sebahagian daripada evolusi produknya yang berterusan, Lexus Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan RX500h F-Sport Edisi Khas dan NX350h serba baharu dengan trenkuasa Hibrid, sekali gus mengembangkan lagi portfolio kenderaan elektrik dan hibridnya untuk memenuhi keperluan pemandu masa kini yang berpandangan jauh.
Lexus Subang Jaya dijangka menjadi titik sentuhan utama bagi pelanggan yang mencari kemewahan, keandalan, dan pengalaman yang melebihi pemanduan, sekaligus menegaskan misi Lexus Malaysia untuk menjadikan pemilikan yang luar biasa lebih mudah diakses daripada sebelumnya.

