01 Jul 2026, 07:37:51 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Lexus IS Baharu Membuat Debut Globalnya

Lexus secara rasmi telah memperkenalkan model IS serba baharu, yang membuat penampilan sulung dunia pada 9 September dan dijadualkan memasuki bilik pameran di pelbagai pasaran mulai awal 2026. Kemunculan ini menandakan lembaran baharu bagi model yang telah mendefinisikan segmen sedan sport pacuan belakang kompak (FR sports sedan) selama lebih 25 tahun. Sejak diperkenalkan pada tahun

Lexus secara rasmi telah memperkenalkan model IS serba baharu, yang membuat penampilan sulung dunia pada 9 September dan dijadualkan memasuki bilik pameran di pelbagai pasaran mulai awal 2026. Kemunculan ini menandakan lembaran baharu bagi model yang telah mendefinisikan segmen sedan sport pacuan belakang kompak (FR sports sedan) selama lebih 25 tahun. Sejak diperkenalkan pada tahun

Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, IS dibina berasaskan satu prinsip utama – keseronokan pemanduan. Dalam tempoh tiga generasi, ia berjaya membina reputasi dengan pengendalian yang tajam, rekaan berani, serta membawa identiti tersendiri melalui “Lexus Driving Signature.” Lebih 1.3 juta unit telah terjual di 40 negara sejak pelancarannya, menjadikan IS salah satu model paling penting dalam barisan Lexus.

Lexus IS Baharu Membuat Debut Globalnya

Untuk model 2026, IS akan ditawarkan dalam dua varian – IS 300h dan IS 350. Pembangunannya berpusat pada tema “refinement in performance and design”, iaitu memperhalusi lagi pengendalian sambil mengekalkan rekaan agresif serta sporty.

Antara penambahbaikan utama termasuk sistem stereng elektrik rak-paralel baharu yang dipadankan dengan nisbah gear berubah-ubah, memberikan respon lebih tajam dengan putaran stereng lebih minimum ketika melalui selekoh ketat. Selain itu, sistem suspensi Adaptive Variable Suspension (AVS) jenis linear-solenoid turut dipasang, bagi menyeimbangkan kestabilan dengan keselesaan pemanduan.

Lexus IS Baharu Membuat Debut Globalnya

Dari segi reka bentuk, IS hadir dengan bahagian hadapan yang lebih berani, menonjolkan pusat graviti rendah dan postur lebih lebar. Varian F SPORT menambah lagi karisma dengan spoiler belakang rekaan baharu untuk aerodinamik lebih baik, serta rim ringan 19 inci yang menyerlahkan ciri-ciri sporty. Pilihan kaliper brek merah dengan logo Lexus turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan kilang.

Pelanggan juga boleh memilih daripada lapan pilihan warna badan, termasuk satu warna baharu yang dinamakan Neutrino Grey dengan kemasan metalik yang memberikan sentuhan dinamik dan atletik.

Lexus IS Baharu Membuat Debut Globalnya

Bahagian kabin pula direka semula dengan tumpuan lebih besar kepada pemandu. Paparan sesentuh tengah bersaiz 12.3 inci kini diposisikan lebih tinggi untuk keterlihatan lebih jelas, manakala kluster instrumen digital juga dinaik taraf kepada panel LCD penuh 12.3 inci. Kedua-duanya direka agar selari dengan garis pandangan semula jadi pemandu.

Menambah suasana premium ialah kemasan “Forged Bamboo” pada konsol tengah dan bingkai suis mula, menghasilkan efek bayangan yang unik. Terdapat juga pilihan warna dalaman baharu dipanggil “Prominence”, diinspirasikan daripada fenomena letusan suria, yang memberi aura sporty dan bersemangat.

Lexus IS Baharu Membuat Debut Globalnya

Seperti tradisi Lexus, aspek keselamatan turut diperkasakan. Sistem Lexus Safety System+ kini dipertingkatkan dengan fungsi lebih meluas, sementara teknologi Advanced Drive (Lexus Teammate) diperkenalkan buat pertama kali pada IS. Sistem separa autonomi ini direka khusus untuk pemanduan lebuh raya, termasuk keupayaan pemanduan bebas tangan ketika kesesakan trafik, sekali gus mengurangkan tekanan perjalanan jarak jauh.

Walaupun syarikat itu belum mengeluarkan spesifikasi rasmi, barisan enjin dijangka kekal tidak berubah. Ini bermakna IS300 mengekalkan empat silinder pengecas turbo 2.0 liter, manakala IS300h diteruskan dengan rangkaian kuasa hibrid 2.5 liter.

Secara keseluruhannya, IS serba baharu bukan sekadar menerima kemaskini kosmetik, tetapi merupakan usaha Lexus untuk terus mengekalkan identiti sedan sport kompak ini sebagai pilihan utama peminat pemanduan dinamik. Dengan gabungan pengendalian lebih tajam, rekaan agresif dan kabin moden, Lexus IS 2026 diyakini mampu meneruskan legasi model ikonik ini ke era baharu.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles