Sime Motors Umum Pemenang Hadiah Utama BMW 2 Series GC Untuk Kempen Ulang Tahun Ke-45

Sime Motors telah menamatkan kempen Grand Giveaways sempena ulang tahun ke-45, dengan pengumuman pemenang hadiah utama berupa sebuah BMW 2 Series Gran Coupe. Kempen yang berlangsung sehingga 31 Disember 2025 itu menyaksikan seramai 44 pemenang dipilih melalui beberapa cabutan, dengan jumlah hadiah keseluruhan mencecah sehingga RM 400,000. Pada majlis penyampaian hadiah, Muhamad Bukhari Bin Muhamad