01 Jul 2026, 07:41:30 PM

Pemandu Terkena Caj Harga Tanpa Subsidi RON95 Boleh Tuntut Bayaran Balik – KPDN

Pemandu yang dikenakan caj harga tanpa subsidi bagi petrol RON95 akibat gangguan teknikal di stesen minyak kini boleh memohon bayaran balik, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh. Beliau menjelaskan bahawa program Budi Madani RON95 (Budi95) yang dilancarkan minggu lalu berjalan lancar di seluruh negara, namun beberapa stesen