PRO-NET Perkenal Hab Pengecasan DC Pertama di Tanjung Malim

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat Proton, hari ini melancarkan Hab Pengecasan DC pertamanya di Proton Tanjung Malim. Terletak di bangunan pentadbiran, hab ini dilengkapi dengan dua pengecas DC dan empat petak pengecasan, dengan jumlah kuasa output stesen sebanyak 120kW yang membolehkan empat EV dicas sekaligus. Berbeza dengan kemudahan terdahulu yang dikendalikan