01 Jul 2026, 12:02:18 AM

Jaecoo J5 EV Dipamerkan di Auto Shanghai 2025 – SUV Elektrik dengan Jarak 470km

Pengunjung pameran Auto Shanghai 2025 berpeluang melihat model terbaharu Jaecoo, iaitu J5 EV, versi elektrik sepenuhnya bagi SUV kompak yang sebelum ini dikenali dengan enjin petrol konvensional. Kenderaan ini bakal bersaing dalam segmen kompetitif yang didominasi oleh Honda HR-V, Toyota Corolla Cross, dan Proton X50. Berbanding versi petrol, Jaecoo J5 EV memiliki beberapa perubahan ketara pada bahagian hadapan.