01 Jul 2026, 01:55:17 PM

Kerajaan Meluluskan Mekanisme Pembiayaan Baharu untuk Meningkatkan Inisiatif Keselamatan Jalan Raya

Jawatankuasa Kabinet Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan (JK-MKKJR) telah meluluskan cadangan untuk mewujudkan mekanisme pembiayaan khusus bagi meningkatkan keselamatan jalan raya di seluruh negara, menurut Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke Siew Fook. Dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan hari ini, beliau memaklumkan bahawa mekanisme itu melibatkan peruntukan 50 peratus daripada hasil kutipan saman di