PLUS Bersiap Sedia Hadapi Lonjakan Trafik Sempena Musim Perayaan dan Cuti Sekolah

PLUS Malaysia Berhad menjangkakan peningkatan trafik yang ketara di rangkaian lebuh rayanya, dengan lebih dua juta kenderaan sehari diramal menggunakan lebuh raya kendaliannya sepanjang tempoh cuti sekolah, sambutan Krismas dan Tahun Baharu yang akan datang. Lonjakan ini didorong oleh pergerakan pulang ke kampung serta aktiviti percutian keluarga dan pelancong yang memanfaatkan tempoh cuti panjang. Sehubungan