01 Jul 2026, 06:15:24 PM

Mazda BT-50 Serba Baharu Dilancarkan – Harga Bermula Daripada RM138,000

Bermaz Motor telah memperkenalkan Mazda BT-50 baharu secara rasmi di Malaysia, membawa nafas baharu dalam segmen trak pikap dengan gabungan gaya elegan, keselesaan premium dan keupayaan lasak yang menjadi teras kepada jenama Mazda. BT-50 baharu ini direka berasaskan falsafah KODO: Soul of Motion, menampilkan rekaan yang bukan sahaja moden tetapi juga menggambarkan kekuatan dan ketegasan.