01 Jul 2026, 10:22:24 AM

Proton e.MAS 7 Menjelajah Sejauh 10,432km Merentasi 9 Buah Negara ASEAN

Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432km merentasi sembilan buah negara ASEAN sebagai sebahagian daripada perjalanan ASEAN Unity Drive 2025, satu inisiatif jelajah serantau yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Misi selama 22 hari ini bukan sahaja tamat tanpa sebarang insiden, tetapi turut membawa pulang semua pemandu dengan