Kerajaan Jana RM45.9 Juta Daripada Penjualan Nombor Pendaftaran Khas

Kerajaan Malaysia telah menjana sebanyak RM45.9 juta hasil daripada penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas pada tahun 2024, dengan separuh daripada kutipan tersebut diperuntukkan untuk inisiatif berkaitan pengangkutan bagi membantu golongan berpendapatan rendah. Menurut Kementerian Pengangkutan, dana tersebut diperoleh menerusi bidaan untuk siri plat eksklusif seperti “GOLD,” “FFF,” “EV,” “PETRA,” dan “MADANI.” Dalam satu jawapan Parlimen