Rompin Beach Bash 2025: Semangat Pengembaraan dan Perpaduan Di Pesisir Pahang

Pesisir selatan negeri Pahang yang biasanya tenang bertukar menjadi pusat aktiviti luar yang meriah apabila peminat kembara, penggemar 4×4 dan penunggang motosikal berkampung di Rompin Beach Bash 2025, acara hujung minggu penuh aksi yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun di Villea Rompin Resort & Golf. Dengan Laut China Selatan sebagai latar belakang semula jadi,