Juruteknik: Penghad Kelajuan Kenderaan Berat Boleh Diubah Suai

Kebimbangan terhadap keselamatan kenderaan berat kembali menjadi tumpuan selepas pendedahan oleh pihak industri mengenai kelemahan pada sistem pengehad kelajuan yang sepatutnya menjadi antara mekanisme utama dalam memastikan pemanduan selamat. Meskipun pengehad kelajuan telah diwajibkan bagi semua bas dan lori komersial baharu, terdapat laporan yang menunjukkan sistem ini masih boleh dipintas oleh juruteknik berpengalaman, sekali gus