Kerajaan Timbang Guna Sistem AI untuk Pantau Jalan Berlubang, Kurangkan Kemalangan Maut

Kerajaan sedang meneliti cadangan penggunaan sistem pemantauan jalan raya berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi menangani isu jalan berlubang yang kerap menyebabkan kemalangan maut, terutamanya melibatkan penunggang motosikal. Cadangan itu dikemukakan oleh Profesor Dr Law Teik Hua, pakar keselamatan jalan raya, dan melibatkan integrasi teknologi pengimbasan automatik, dron pemeriksaan, serta platform aduan awam menerusi aplikasi mudah