01 Jul 2026, 01:51:28 PM

UMW Toyota Motor Catat Jualan Kukuh pada Jun 2025

UMW Toyota Motor (UMWT) menamatkan separuh pertama tahun 2025 dengan prestasi jualan yang memberangsangkan, apabila mencatatkan sebanyak 7,773 unit terjual pada bulan Jun sahaja, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sepanjang tahun ini kepada 44,286 unit. Prestasi ini terus mencerminkan daya tarikan kukuh jenama Toyota dalam kalangan pengguna di Malaysia, berteraskan reputasinya dalam aspek kebolehpercayaan, nilai