Puspakom Nafi Dakwaan Tidak Konsisten dalam Pemeriksaan Tint Tingkap Kereta

Puspakom telah mengeluarkan amaran tegas kepada para pengedar kenderaan serta syarikat pengeluar dan pengedar tint tingkap yang menyebarkan maklumat mengelirukan berkaitan peranan agensi itu dalam pemeriksaan kenderaan, khususnya melibatkan pematuhan terhadap peraturan warna tingkap. Langkah ini diambil susulan penemuan kad waranti yang dikeluarkan oleh sebuah jenama tint terkenal, yang menyatakan bahawa produk mereka “mematuhi JPJ”