01 Jul 2026, 01:55:17 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Jaecoo J5 Dipertontonkan Buat Pertama Kali di Malaysia

OMODA | JAECOO Malaysia telah memperkenalkan model terbaharu mereka, Jaecoo J5, buat pertama kalinya di Karnival Desa ParkCity, Kuala Lumpur. Crossover segmen-B ini digelar sebagai “Everyday Superstar”, direka khas untuk keluarga muda dan pemandu bandar yang mahukan kenderaan praktikal tanpa mengorbankan gaya serta teknologi moden. Dari segi dimensi, Jaecoo J5 berukuran 4,380mm panjang, 1,860mm lebar

OMODA | JAECOO Malaysia telah memperkenalkan model terbaharu mereka, Jaecoo J5, buat pertama kalinya di Karnival Desa ParkCity, Kuala Lumpur. Crossover segmen-B ini digelar sebagai “Everyday Superstar”, direka khas untuk keluarga muda dan pemandu bandar yang mahukan kenderaan praktikal tanpa mengorbankan gaya serta teknologi moden. Dari segi dimensi, Jaecoo J5 berukuran 4,380mm panjang, 1,860mm lebar

OMODA | JAECOO Malaysia telah memperkenalkan model terbaharu mereka, Jaecoo J5, buat pertama kalinya di Karnival Desa ParkCity, Kuala Lumpur. Crossover segmen-B ini digelar sebagai “Everyday Superstar”, direka khas untuk keluarga muda dan pemandu bandar yang mahukan kenderaan praktikal tanpa mengorbankan gaya serta teknologi moden.

Dari segi dimensi, Jaecoo J5 berukuran 4,380mm panjang, 1,860mm lebar dan 1,650mm tinggi, dengan jarak roda 2,620mm – sedikit lebih panjang berbanding Proton X50. Ia dilengkapi rim aloi aluminium bersaiz 18 inci bersama tayar 235/55 R18, menawarkan kestabilan pemanduan dengan sentuhan sporty.

Jaecoo J5 Dipertontonkan Buat Pertama Kali di Malaysia

Bahagian enjinnya menempatkan unit 1.5 liter pengecas turbo empat silinder yang menghasilkan 147PS dan 210Nm tork, dipadankan bersama transmisi CVT. Penggunaan bahan api dicatatkan sekitar 7.5L/100km (WLTC), menjadikan ia sesuai sebagai kenderaan harian yang menjimatkan tetapi tetap bertenaga untuk pemanduan di lebuh raya.

Ruang kabin tampil kemas dengan balutan kulit sintetik sepenuhnya, manakala kapasiti but berjumlah 480 liter boleh dipertingkatkan hingga 1,180 liter apabila kerusi belakang dilipat. Menariknya, Jaecoo turut menekankan penggunaan bahan mesra haiwan peliharaan yang diperakui TÜV, menjadikannya sesuai untuk gaya hidup moden.

Jaecoo J5 Dipertontonkan Buat Pertama Kali di Malaysia

Dari aspek teknologi, J5 hadir dengan skrin kawalan pusat bersaiz 13.2 inci beresolusi 2K yang menyokong WiFi, dipadankan dengan paparan instrumen LCD 8.0 inci serta sistem audio 8 pembesar suara. Ciri bumbung panoramik (1.45㎡) yang luas turut memberikan suasana kabin lebih lapang – jarang ditawarkan dalam kelasnya.

Keselamatan pula diperkukuhkan dengan teknologi bantuan pemandu Tahap 2.5 (Level 2.5 ADAS) serta sistem kamera sekeliling HD 540 darjah, memberikan kelebihan dari segi perlindungan dan kemudahan kepada pemandu.

Dengan rekaan tajam, kelengkapan menyeluruh serta ruang dalaman yang pintar, Jaecoo J5 dilihat bersedia untuk mencabar pesaing utamanya seperti Proton X50. Malah, ia hadir dengan saiz lebih besar dan kabin yang lebih premium serta sarat teknologi untuk menarik perhatian pembeli tempatan.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles