Litar Jeffrey Cheah Di Johor Bakal Menjadi ‘Monticello’ Dan ‘Ascari’ Malaysia

Sebuah fasiliti sukan permotoran peribadi baharu bakal dilancarkan di Johor tidak lama lagi, sekaligus membuka satu lagi dimensi pembangunan di wilayah Iskandar Puteri yang sedang pesat membangun. Litar baharu serta kemudahan sokongannya ini merupakan sebahagian daripada pembangunan Sunway Iskandar Puteri dan dinamakan sempena pengasas kumpulan tersebut sebagai ‘Litar Jeffrey Cheah.’ Kedudukan Johor yang strategik dan