Nissan Ariya NISMO Dilancarkan Dengan Motor Elektrik Kedua

Nissan telah memperkenalkan Ariya NISMO, sebuah SUV elektrik yang direka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan model Ariya yang pertama kali diperkenalkan kepada dunia pada Julai 2020. Berasaskan platform e-4ORCE, Ariya NISMO memasukkan motor elektrik kedua di axle belakang, menyediakan penggerak empat roda dan kuasa tambahan.