01 Jul 2026, 11:23:27 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu Bakal Tiba, Tempahan Dibuka Awal Februari

Selepas kelibatnya dikesan di jalan raya Malaysia minggu lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi mengumumkan bahawa Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu akan dilancarkan tidak lama lagi, dengan tempahan bakal dibuka awal Februari ini. SUV segmen-B ini akan terjun ke dalam persaingan sengit dalam kelas yang sudah pun padat di Malaysia. Bagaimanapun, berbekalkan slogan “Exceed

Selepas kelibatnya dikesan di jalan raya Malaysia minggu lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi mengumumkan bahawa Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu akan dilancarkan tidak lama lagi, dengan tempahan bakal dibuka awal Februari ini.

SUV segmen-B ini akan terjun ke dalam persaingan sengit dalam kelas yang sudah pun padat di Malaysia. Bagaimanapun, berbekalkan slogan “Exceed Xpectations”, model ini dijangka mampu memberikan saingan hebat kepada model popular sedia ada seperti Proton X50, Perodua Traz dan Jetour J5 yang akan datang.

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu Bakal Tiba, Tempahan Dibuka Awal Februari

Xforce hadir dengan reputasi yang membanggakan, setelah meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi anugerah berprestij ‘iF Design Award 2024’ bagi kategori Reka Bentuk Produk. Pencapaian ini mengukuhkan lagi identiti gayanya yang tersendiri serta daya tarikan kontemporari di peringkat global.

Selain itu, Xforce menjanjikan pengendalian yang unggul, reka bentuk yang bergaya, keselesaan, dan yang paling penting, kecekapan bahan api.

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu Bakal Tiba, Tempahan Dibuka Awal Februari

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu Bakal Tiba, Tempahan Dibuka Awal Februari

Pelanggan yang mendaftar bakal menjadi antara yang terawal menerima:

  • Pengumuman dan kemas kini produk secara eksklusif
  • Jemputan ke siri jelajah (roadshow) dan acara pelancaran
  • Akses kepada notifikasi “early-bird”

Sebagai tambahan, Xforce akan memulakan siri jelajah ke seluruh negara menggunakan trak bergerak. Kembara ini akan bermula pada 16 Januari 2026 dan bakal merangkumi pelbagai wilayah dan lokasi utama seperti di bawah:

Orang ramai berpeluang melihat Xforce dengan lebih dekat sepanjang siri jelajah ini serta mendapatkan maklumat mendalam mengenai ciri-ciri menarik yang ditawarkan. Pendaftaran di lokasi juga akan dibuka di setiap persinggahan. Anda boleh melayari laman media sosial rasmi MMM untuk butiran lanjut mengenai siri jelajah ini.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles