02 Jul 2026, 12:13:28 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025

Lepas mencuri tumpuan dengan pelancaran Proton e.MAS 5 dan Proton Saga  serba baharu, Proton menutup November dengan jualan kukuh sebanyak 13,451 unit (domestik dan eksport). Prestasi  ini menaikkan jumlah jualan November kepada 143,322 unit, iaitu 3.6% lebih tinggi berbanding pada 2024, sekali gus meletakkan Proton di landasan selesa untuk menamatkan tahun dengan pertumbuhan positif sekiranya

Lepas mencuri tumpuan dengan pelancaran Proton e.MAS 5 dan Proton Saga  serba baharu, Proton menutup November dengan jualan kukuh sebanyak 13,451 unit (domestik dan eksport). Prestasi  ini menaikkan jumlah jualan November kepada 143,322 unit, iaitu 3.6% lebih tinggi berbanding pada 2024, sekali gus meletakkan Proton di landasan selesa untuk menamatkan tahun dengan pertumbuhan positif sekiranya

Pencapaian ini juga berbeza dengan prestasi keseluruhan industri, yang dijangka susut 0.9% berbanding tahun lalu.  Berdasarkan anggaran semasa, Proton dijangka meraih 18.4% pegangan pasaran bagi November, manakala  pegangan pasaran tahun-ke-tahun berada pada 19.7%. Ini terus mengekalkan Proton sebagai jenama kedua paling  dipilih dalam pasaran automotif Malaysia yang semakin kompetitif. 

Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025

Model ice kekal kuat, e.MAS 7 terus menjadi EV pilihan 

Proton Saga terus jadi model utama pada November dengan 6,931 unit terjual, menjadikan jumlah tahunannya 66,038  unit. Walaupun dalam fasa peralihan ke Saga serba baharu, penghantaran masih stabil sementara kilang baharu di  Tanjong Malim meningkatkan kapasiti untuk memenuhi permintaan tinggi. Dengan tempahan yang sudah melepasi  30,000 unit dan terus bertambah, Saga dijangka menduduki carta lebih tinggi dalam pasaran tahun 2026. 

Proton X50 pula mengekalkan momentum kukuh dengan 2,127 unit pada November (YTD 25,974 unit), naik 23.5%  berbanding tahun lalu dan kekal sebagai peneraju segmen SUV B. Proton S70 juga mempertahankan kedudukan sebagai  sedan segmen C paling laris dengan 1,487 unit, menjadikan jumlah tahunannya 15,828 unit. 

Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025

Model ICE lain turut mengukuhkan prestasi Proton pada November. Proton Persona terus mendapat sambutan stabil  dengan 1,050 unit terjual (YTD 14,214), diikuti Proton X70 dengan 471 unit (YTD 7,184). Proton X90 menambah 234 unit  (YTD 2,357) manakala Proton Iriz menutup bulan dengan 241 unit (YTD 3,208). 

November turut menjadi bulan yang positif untuk usaha elektrifikasi Proton, didorong sambutan kuat terhadap  pelancaran e.MAS 5 sebagai EV mampu milik pertama Malaysia. Kehadiran model itu menarik lebih ramai pembeli ke  rangkaian EV Proton, sekali gus membantu mencatat peningkatan 14.8% berbanding bulan sebelumnya. Proton  e.MAS 7 kekal peneraju dengan 830 unit terjual pada November, menjadikan jumlah tahunannya 7,784 unit dan terus  memegang gelaran EV paling laris di Malaysia. 

Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025

“Pelancaran e.MAS 5 dan Saga baharu memberi kami momentum yang kuat menjelang 2026. Di Proton Tech Showcase,  kami turut berkongsi pratonton awal model PHEV akan datang untuk mengekalkan minat pelanggan terhadap teknologi  baharu. Semua usaha sepanjang tahun ini banyak membantu peningkatan jualan kami pada 2025, dan kami yakin dapat  mencapai lonjakan lebih besar tahun depan,” kata Zhang Qiang, Naib Presiden Jualan & Pemasaran Proton. 

Jualan eksport kini 37.3% lebih tinggi daripada 2024 dan hampir capai 6,000 unit

Sebagai sebahagian usaha mengembangkan pasaran luar negara, Proton memberi tumpuan besar kepada eksport  sepanjang 2025. Usaha ini merangkumi penubuhan Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB) bagi menguruskan  pasaran luar negara dan pelancaran jualan e.MAS 7 di beberapa negara, termasuk kemunculan semula Proton di  Singapura pada Ogos.

Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025

Hasilnya, jualan eksport terus menunjukkan peningkatan kukuh dengan 460 unit pada November, menjadikan jumlah  terkumpul 5,014 unit iaitu 37.3% lebih tinggi berbanding 2024 dan yang tertinggi sejak 2022. Prestasi ini meletakkan  Proton hampir mencapai sasaran 6,000 unit pada 2025 dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeksport  automotif utama negara. 

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles