02 Jul 2026, 12:37:18 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Bukan Sekadar Tali Pinggang Keledar Baharu, Volvo EX60 Mampu Memandu Dari Perlis ke Johor Dengan Sekali Cas

Ini bakal menjadi salah satu pencapaian terbesar memandangkan model elektrik (EV) Volvo EX60 yang akan datang tampil dengan pelbagai kehebatan luar biasa; antaranya jarak pemanduan yang mengagumkan, pengecasan yang sangat pantas, dan inovasi baru pada tali pinggang keledar demi meningkatkan lagi tahap keselamatan. Dari Perlis ke Johor dengan sekali cas? Ya, EX60 mampu melakukannya. Model

Ini bakal menjadi salah satu pencapaian terbesar memandangkan model elektrik (EV) Volvo EX60 yang akan datang tampil dengan pelbagai kehebatan luar biasa; antaranya jarak pemanduan yang mengagumkan, pengecasan yang sangat pantas, dan inovasi baru pada tali pinggang keledar demi meningkatkan lagi tahap keselamatan.

Dari Perlis ke Johor dengan sekali cas? Ya, EX60 mampu melakukannya. Model ini mendakwa memiliki jarak pemanduan terbaik dalam kelasnya sejauh 810 kilometer dengan sekali cas bagi konfigurasi pacuan semua roda (AWD). Sudah semestinya, pesaing lain akan ketinggalan jauh di belakang—bukan sekadar di jalan raya, malah mungkin masih tersangkut di stesen pengecasan terakhir!

Bukan Sekadar Tali Pinggang Keledar Baharu, Volvo EX60 Mampu Memandu Dari Perlis ke Johor Dengan Sekali Cas

Selain menjadi EV Volvo dengan jarak pemanduan paling jauh, EX60 juga memegang gelaran sebagai model dengan pengecasan terpantas dalam keluarganya. Pemilik tidak perlu lagi meluangkan waktu rehat tengah hari semata-mata untuk mengecas, kerana kini ia boleh dilakukan dalam tempoh singkat seperti berhenti untuk minum kopi sahaja.

Apabila disambungkan ke pengecas pantas 400 kW, sesi pengecasan selama 10 minit mampu menambah jarak pemanduan sehingga 340km, hampir menyamai tempoh mengisi tangki minyak kereta konvensional (ICE). Beberapa komponen utama digabungkan untuk membolehkan kelajuan ini, bermula daripada seni bina 800-volt sehinggalah perisian dalaman yang berfungsi secara lancar untuk memindahkan tenaga ke bateri dengan lebih cekap.

Bukan Sekadar Tali Pinggang Keledar Baharu, Volvo EX60 Mampu Memandu Dari Perlis ke Johor Dengan Sekali Cas

Walaupun spesifikasi bateri hanya akan didedahkan semasa pelancaran, EX60 dijangka ditawarkan dengan dua pilihan bateri. Varian pacuan roda belakang (RWD) yang lebih kecil berkemungkinan menggunakan pek “lithium iron phosphate” 83 kWh, manakala versi AWD yang lebih besar dijangka membawa bateri “nickel manganese cobalt” 106 kWh. Semua pelanggan EX60 baharu akan menerima waranti bateri selama 10 tahun.

Volvo menyandarkan kecekapan luar biasa ini kepada seni bina kereta elektrik canggih SPA3 yang memaksimumkan kecekapan semua sistem dalam kenderaan. Selain itu, bateri disepadukan terus ke dalam struktur kereta menggunakan teknologi “cell-to-body” dan menguasai motor elektrik rekaan sendiri untuk meningkatkan kecekapan serta mengurangkan berat, faktor utama dalam menambah jarak pemanduan.

Bukan Sekadar Tali Pinggang Keledar Baharu, Volvo EX60 Mampu Memandu Dari Perlis ke Johor Dengan Sekali Cas

EX60 juga merupakan model Volvo pertama yang menggunakan teknik “mega casting” dalam pembinaannya. Teknologi ini menyatukan beratus-ratus komponen kecil menjadi satu acuan berketepatan tinggi, yang menyumbang kepada pengurangan berat yang lebih drastik.

Syarikat portfolio Volvo, Breathe Battery Technologies, turut membangunkan algoritma pintar untuk pengurusan bateri. Ia berfungsi melaraskan pengambilan kuasa secara berterusan bagi memastikan pek bateri berada dalam tahap operasi ideal pada setiap masa dan dalam semua keadaan cuaca.

Bukan Sekadar Tali Pinggang Keledar Baharu, Volvo EX60 Mampu Memandu Dari Perlis ke Johor Dengan Sekali Cas

Akhir sekali, membicarakan tentang Volvo tanpa menyentuh aspek keselamatan adalah tidak lengkap. Pencipta tali pinggang keledar tiga titik ini telah mencipta semula teknologi tersebut khusus untuk model ini.

EX60 bakal menampilkan tali pinggang keledar multi-adaptif baharu yang menawarkan perlindungan lebih baik. Ia berfungsi dengan menyesuaikan diri terhadap pemboleh ubah trafik masa nyata serta profil penumpang. Pelbagai sensor dalaman dan luaran, seperti meter pecut, digabungkan dengan data penumpang seperti ketinggian, berat, bentuk badan, dan posisi duduk. Hasilnya adalah ketegangan optimum untuk perlindungan maksimum dan kecederaan minimum. Anggaplah ia sebagai ‘tali pinggang keledar pintar.’

Volvo EX60 akan didedahkan secara rasmi pada 21 Januari 2026 dan keseluruhan acara pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung di SINI.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles