02 Jul 2026, 12:51:44 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Bukan MR2, Tapi Sebaliknya Toyota ‘Belanja’ Lori Rally Di Tokyo Auto Salon

Bulan April lambat lagi, tapi Toyota macam tak faham memo. Dah bertahun peminat tunggu berita pasal kebangkitan Toyota MR2, dan keadaan makin panas bila Pengerusi Toyota sendiri tunjuk gambar kereta “mid-engine” masa persediaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026 baru-baru ni. Dia tak tipu pun, cuma Rupa-rupanya, kereta “mid-engine” tu berasaskan Toyota Pixis Truck, iaitu lori

Bulan April lambat lagi, tapi Toyota macam tak faham memo. Dah bertahun peminat tunggu berita pasal kebangkitan Toyota MR2, dan keadaan makin panas bila Pengerusi Toyota sendiri tunjuk gambar kereta “mid-engine” masa persediaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026 baru-baru ni. Dia tak tipu pun, cuma

Rupa-rupanya, kereta “mid-engine” tu berasaskan Toyota Pixis Truck, iaitu lori kei Daihatsu Hijet yang Toyota jual sejak 2011. Ada varian 4WD pula tu, memang ngam la jadi tapak untuk projek gaya rally ini.

Bukan MR2, Tapi Sebaliknya Toyota ‘Belanja’ Lori Rally Di Tokyo Auto Salon

Jenama Gazoo Racing yang sekarang dah berdiri sendiri ada versi mereka sendiri, begitu juga dengan Daihatsu. Versi Gazoo Racing (sebelah kiri) siap ada kerusi “bucket” dekat bahagian belakang lori, macam gaya Subaru Brat dulu-dulu. Bos-bos besar Toyota kata ini lebih kepada gaya kereta rally, manakala unit Daihatsu pula nak tunjuk betapa jauh lori “off-road” boleh pergi.

Memanglah ini bukan MR2 yang kita sanggup gadai rumah nak beli, tapi idea ini tetap menarik sebab lori mikro yang biasanya nampak bosan ni terus jadi nampak gempak.

Bukan MR2, Tapi Sebaliknya Toyota ‘Belanja’ Lori Rally Di Tokyo Auto Salon

Tapi tunggu dulu Pengerusi Akio Toyoda ada cakap strategi TAS mereka kali ni macam perlawanan tinju tiga pusingan. Pusingan pertama adalah pasal status Gazoo Racing sebagai jenama sendiri, dan pusingan kedua pula pasal lori kei acah-acah MR2 ini.

Bukan MR2, Tapi Sebaliknya Toyota ‘Belanja’ Lori Rally Di Tokyo Auto Salon

Jadi, sekarang tinggal pusingan ketiga. Walaupun kita semua doa supaya pusingan terakhir tu adalah MR2 baru, tapi masa sidang media tadi, bayangan yang keluar lebih nampak macam bentuk kereta Nascar Camry (gambar atas)

Apapun, kita masih ada harapan. Walaupun MR2 tidak muncul dekat TAS kali ni, fakta bahawa Toyota dah daftar tanda dagangan untuk nama tu menunjukkan yang ia mungkin akan dilancarkan juga tahun ini.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles