Sebelum ini, peralihan kepada salinan digital lesen memandu bermaksud pemohon perlu mengemukakan bukti dokumen, seperti tiket penerbangan atau surat rasmi, sekiranya ingin mendapatkan salinan fizikal bagi tujuan perjalanan ke luar negara atau kegunaan lain. Walau bagaimanapun, syarat tersebut telah dimansuhkan bermula hari ini, sekali gus membolehkan warga Malaysia memohon lesen memandu fizikal tanpa perlu menyertakan
Warganegara Malaysia akan dikenakan bayaran sebanyak RM 20 sekiranya ingin mendapatkan salinan fizikal lesen memandu, selain daripada kos pembaharuan tahunan yang bergantung kepada tempoh tahun yang dipilih. Bagi bukan warganegara pula, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 100.
Sekiranya anda memilih untuk tidak memiliki salinan fizikal, lesen tersebut masih boleh diakses melalui aplikasi MyJPJ di telefon pintar anda. Selain itu, anda juga boleh terus memperbaharui lesen memandu melalui aplikasi tersebut sekiranya tiada keperluan untuk memiliki salinan fizikal.
Bagi individu yang lebih selesa memiliki salinan fizikal, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter JPJ atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk membuat permohonan.
Walau bagaimanapun, terdapat kategori tertentu warganegara Malaysia yang layak untuk mendapatkan lesen memandu fizikal secara percuma tanpa bayaran RM 20:
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas.
- Pemegang lesen Kelas A dan A1.
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Peralihan kepada lesen digital telah dilaksanakan tiga tahun lalu pada Februari 2023 berikutan kekurangan bekalan kad dan usaha untuk memodenkan proses sedia ada. Setakat ini, aplikasi mudah alih MyJPJ mencatatkan lebih 13 juta pengguna, yang menunjukkan penerimaan meluas masyarakat terhadap peralihan ke arah dunia tanpa kertas.

