02 Jul 2026, 08:39:58 AM

Honda Super-One Belum Pasti Ke Malaysia, Namun Mugen Sudah Siap Memperhebat Penampilannya

Masih belum ada kepastian sama ada model elektrik Honda Super-One yang unik ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Namun, sekiranya ia menjadi kenyataan, penala legenda Mugen sudah pun bersedia untuk memastikan kereta anda tampil menonjol dengan katalog alat ganti yang walaupun tidak menambah kelajuan EV kerdil ini pastinya membuatkan ia kelihatan jauh lebih bertenaga.