Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa Mitsubishi Xforce pertama telah rasmi keluar dari barisan pengeluaran di kilangnya di Pekan, Pahang. Tempahan bagi SUV segmen-B baharu ini dijadualkan dibuka pada minggu ini, menjelang pelancaran rasminya di pasaran tempatan. Bagi menyokong pemasangan tempatan Xforce, MMM telah menaik taraf operasi pembuatan di Pekan. Ini termasuk penubuhan sub-assembly body
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa Mitsubishi Xforce pertama telah rasmi keluar dari barisan pengeluaran di kilangnya di Pekan, Pahang. Tempahan bagi SUV segmen-B baharu ini dijadualkan dibuka pada minggu ini, menjelang pelancaran rasminya di pasaran tempatan.
Bagi menyokong pemasangan tempatan Xforce, MMM telah menaik taraf operasi pembuatan di Pekan. Ini termasuk penubuhan sub-assembly body shop baharu, serta pemasangan peralatan terkini pada bahagian cat, pemasangan akhir dan barisan pengujian.
MMM memaklumkan bahawa Xforce dihasilkan mengikut piawaian pengeluaran global Mitsubishi Motors, dengan penerapan falsafah pembuatan Jepun yang menekankan disiplin proses serta kawalan kualiti di setiap peringkat, daripada pemasangan badan, kerja-kerja pengecatan sehingga pemeriksaan akhir.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Takashi Sakamaki, pencapaian pengeluaran tempatan ini memastikan kenderaan yang dipasang di Pekan memenuhi tahap kualiti yang sama seperti model Mitsubishi yang dihasilkan di pasaran global lain.
Menjelang pelancaran Mitsubishi Xforce, MMM menyasarkan penghantaran 800 unit pertama menjelang April, tertakluk kepada pemeriksaan kesiapsiagaan pengeluaran dan pengesahan kualiti.
Walaupun spesifikasi penuh dan harga tempatan akan diumumkan lebih dekat dengan tarikh pelancaran, Mitsubishi Xforce diketahui menggunakan enjin petrol 1.5-litre NA, menghasilkan 104hp dan 141Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.
