Toyota USA telah memperkenalkan Toyota Highlander serba baharu bagi tahun 2027, yang kini memasuki generasi kelima sebagai SUV elektrik sepenuhnya untuk pasaran Amerika Utara. Model ini menggantikan Highlander dan Grand Highlander terdahulu yang ditawarkan dengan enjin petrol serta hibrid. Highlander baharu ini turut menjadi kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama Toyota yang dipasang di Amerika Syarikat,
Toyota USA telah memperkenalkan Toyota Highlander serba baharu bagi tahun 2027, yang kini memasuki generasi kelima sebagai SUV elektrik sepenuhnya untuk pasaran Amerika Utara. Model ini menggantikan Highlander dan Grand Highlander terdahulu yang ditawarkan dengan enjin petrol serta hibrid.
Highlander baharu ini turut menjadi kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama Toyota yang dipasang di Amerika Syarikat, dengan pengeluaran di fasiliti Toyota Motor Manufacturing di Georgetown, Kentucky. Pek baterinya pula dibekalkan oleh kilang pemasangan bateri Toyota di Liberty, North Carolina.
Dibina berasaskan versi diubah suai platform TNGA-K, Highlander direka untuk menempatkan bateri pemacu sambil mengekalkan ruang kabin yang praktikal. Toyota menyatakan bahan penyerap bunyi tambahan telah dipasang pada panel pintu, tiang, ruang roda, bumbung dan bahagian bawah lantai, selain penggunaan kaca akustik untuk cermin hadapan dan tingkap sisi hadapan.
Dari segi dimensi, Highlander generasi kelima ini berukuran 5,050 mm panjang, 1,989 mm lebar dan 1,709 mm tinggi, dengan jarak roda 3,050 mm. Ruang but adalah 450 liter dengan ketiga-tiga baris tempat duduk digunakan, dan meningkat kepada 1,291 liter apabila baris ketiga dilipat.
Highlander BEV ditawarkan dalam konfigurasi satu motor pacuan roda hadapan (FWD) serta dua motor pacuan semua roda (AWD), dengan pilihan bateri 76.96 kWh atau 95.82 kWh.
Varian FWD menghasilkan 221 hp dan 268 Nm tork, manakala varian AWD menawarkan 338 hp dan 438 Nm.
Anggaran jarak pemanduan adalah seperti berikut:
- Sehingga 459 km bagi XLE FWD dengan bateri 76.96 kWh
- Sekitar 432 km bagi konfigurasi AWD tertentu
- Sehingga 512 km bagi varian AWD dengan bateri 95.82 kWh
Highlander menggunakan port pengecasan North American Charging System (NACS). Pengecasan pantas DC membolehkan pengecasan 10 hingga 80 peratus dalam sekitar 30 minit, manakala pengecasan AC disokong sehingga 11 kW. Model ini turut menyokong fungsi vehicle-to-load (V2L) untuk membekalkan kuasa kepada peralatan luaran.
Bahagian dalaman menampilkan skrin infotainmen 14 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta paparan instrumen digital 12.3 inci. Sistem audio asas menggunakan enam pembesar suara, manakala varian lebih tinggi menerima sistem JBL Premium 11 pembesar suara.
Tempat duduk menggunakan kemasan Softex, dengan tempat duduk hadapan dan stereng boleh dipanaskan. Stereng turut dilengkapi paddle untuk melaras tahap brek regeneratif. Sistem pencahayaan ambien 64 warna adalah standard, manakala paparan head-up ditawarkan pada varian terpilih.
Dari segi keselamatan, Highlander dilengkapi Toyota Safety Sense 4.0 (TSS 4.0), termasuk sistem pra-perlanggaran dengan pengesanan pejalan kaki, kawalan jelajah radar dinamik, amaran keluar lorong dengan bantuan stereng, lane tracing assist, lampu tinggi automatik, pengesanan papan tanda jalan dan proactive driving assist.
Toyota Highlander BEV 2027 dijangka mula dijual di Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini.



