02 Jul 2026, 07:01:50 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Horse Powertrains Milik Geely Perkenal Enjin Hibrid Boleh Diperbaharui Dengan Sasaran Penjimatkan Bahan Api Sebanyak 40%

Tatkala sambutan Tahun Baharu Cina meraikan tahun kuda api, sebuah syarikat rangkaian kuasa bernama Horse Powertrain telah mendedahkan konsep rangkaian kuasa hibrid baharu yang boleh beroperasi menggunakan 100% bahan api boleh diperbaharui. Syarikat ini merupakan usaha sama antara Geely, Renault Group, dan Aramco. Susulan pendedahan rangkaian kuasa tersebut, syarikat itu menyatakan bahawa kenderaan demonstrasi pertama

Tatkala sambutan Tahun Baharu Cina meraikan tahun kuda api, sebuah syarikat rangkaian kuasa bernama Horse Powertrain telah mendedahkan konsep rangkaian kuasa hibrid baharu yang boleh beroperasi menggunakan 100% bahan api boleh diperbaharui. Syarikat ini merupakan usaha sama antara Geely, Renault Group, dan Aramco.

Susulan pendedahan rangkaian kuasa tersebut, syarikat itu menyatakan bahawa kenderaan demonstrasi pertama yang menggunakan sistem tersebut akan diperkenalkan pada awal 2026 untuk tujuan pengujian.

Horse Powertrains Milik Geely Perkenal Enjin Hibrid Boleh Diperbaharui Dengan Sasaran Penjimatkan Bahan Api Sebanyak 40%

Horse Powertrain ditubuhkan pada tahun 2024 dan diposisikan sebagai pembekal yang menggabungkan operasi rangkaian kuasa pembakaran dalaman dan hibrid milik Geely dan Renault. Kedua-dua syarikat tersebut masing-masing memegang 45% pegangan saham, manakala baki 10% lagi dimiliki oleh Aramco.

Antara pelanggan syarikat ini termasuklah Geely dan Renault, serta Proton, Nissan, Mitsubishi, dan Volvo.

Rangkaian kuasa terbaharu ini berasaskan konsep enjin hibrid Horse H12 yang dibangunkan bersama Repsol, yang membekalkan bahan api boleh diperbaharui sepenuhnya. Ia berjaya mencapai kecekapan terma brek puncak sebanyak 44.2% dan mencatatkan angka penggunaan bahan api di bawah 3.3 liter bagi setiap 100 km di bawah ujian WLTP, iaitu 40% lebih rendah daripada purata kereta baharu di Eropah pada tahun 2023.

Horse Powertrains Milik Geely Perkenal Enjin Hibrid Boleh Diperbaharui Dengan Sasaran Penjimatkan Bahan Api Sebanyak 40%

Faktor utama di sebalik angka yang mengagumkan ini adalah nisbah mampatan tinggi 17:1, sistem kitar semula gas ekzos yang direka semula, pengecas turbo yang ditambah baik, serta penentukur transmisi khusus hibrid, seperti yang dilaporkan oleh Car News China. Gabungan perubahan ini meningkatkan kecekapan pembakaran dan pemulihan tenaga.

Horse Powertrain mendakwa bahawa kenderaan bersaiz sederhana yang dilengkapi rangkaian kuasa ini akan mengurangkan pelepasan  sebanyak kira-kira 1.77 tan setahun berbanding kereta petrol konvensional.

Horse Powertrains Milik Geely Perkenal Enjin Hibrid Boleh Diperbaharui Dengan Sasaran Penjimatkan Bahan Api Sebanyak 40%

Syarikat itu kini mengendalikan 17 kilang pembuatan dan lima pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di seluruh dunia, bertindak sebagai pembekal utama teknologi pembakaran dan hibrid untuk platform kenderaan yang dikaitkan dengan Geely dan Renault.

Rangkaian kuasa ini selaras dengan hala tuju global semasa pengeluar kereta yang kini memberi tumpuan kepada pembangunan merentasi pelbagai aspek pacuan, seperti kenderaan hibrid dan elektrik bateri (BEV) bagi menyesuaikan dengan infrastruktur dan permintaan serantau serta peraturan pasaran.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles