McLaren Racing mengesahkan bahawa Enkei akan kembali sebagai wheel supplier untuk pasukan Formula 1 mereka bermula musim 2026. Kerjasama ini kembali terjalin susulan perubahan regulasi yang membenarkan pasukan memilih pembekal rim masing-masing. Sejak 2022, semua pasukan Formula 1 menggunakan rim standard yang dibekalkan oleh BBS sebagai sebahagian daripada langkah kawalan kos bersama penggunaan tayar 18
McLaren Racing mengesahkan bahawa Enkei akan kembali sebagai wheel supplier untuk pasukan Formula 1 mereka bermula musim 2026.
Kerjasama ini kembali terjalin susulan perubahan regulasi yang membenarkan pasukan memilih pembekal rim masing-masing. Sejak 2022, semua pasukan Formula 1 menggunakan rim standard yang dibekalkan oleh BBS sebagai sebahagian daripada langkah kawalan kos bersama penggunaan tayar 18 inci.
Mulai 2026, pasukan akan kembali bebas memilih supplier rim sendiri. Sebelum sistem rim standard diperkenalkan, pasukan Formula 1 lazimnya bekerjasama dengan pengeluar khusus seperti Enkei dan OZ Racing. FIA berpendapat pembangunan rim tidak akan menghasilkan kelebihan prestasi yang besar antara pasukan, sekali gus membolehkan pilihan supplier dibuka semula tanpa menjejaskan keseimbangan persaingan.
Walaupun begitu, saiz rim kekal 18 inci, manakala Pirelli terus menjadi pembekal tayar tunggal sekurang-kurangnya sehingga 2027.
Hubungan antara McLaren dan Enkei bukan sesuatu yang baharu. Pengeluar Jepun itu sebelum ini membekalkan forged magnesium racing wheels kepada McLaren dari 1995 hingga 2021, sebelum kerjasama tersebut dihentikan sementara apabila sistem rim standard diperkenalkan pada 2022.
Bagi musim 2026, Enkei akan membangunkan forged magnesium wheels baharu untuk jentera Formula 1 generasi seterusnya milik McLaren. Perubahan ini merupakan sebahagian daripada regulasi baharu Formula 1 2026, yang turut memperkenalkan kereta yang lebih pendek, ringan dan sempit bersama peraturan hybrid power unit yang diperbaharui.

