Xpeng memperkenalkan versi range extender untuk SUV elektrik G6 di China, dikenali sebagai G6 PowerX. Model ini mengikuti langkah X9 PowerX yang dilancarkan lebih awal, menandakan kemasukan Xpeng ke dalam segmen extended-range electric vehicle (EREV) yang semakin berkembang di negara itu. Seperti X9, G6 PowerX menerima enjin petrol 1.5 liter turbo empat silinder, namun enjin
Xpeng memperkenalkan versi range extender untuk SUV elektrik G6 di China, dikenali sebagai G6 PowerX. Model ini mengikuti langkah X9 PowerX yang dilancarkan lebih awal, menandakan kemasukan Xpeng ke dalam segmen extended-range electric vehicle (EREV) yang semakin berkembang di negara itu.
Seperti X9, G6 PowerX menerima enjin petrol 1.5 liter turbo empat silinder, namun enjin ini tidak memacu roda secara langsung. Sebaliknya, ia berfungsi sebagai generator untuk mengecas bateri, sekali gus memanjangkan jarak perjalanan keseluruhan.
Sistem ini dipadankan dengan motor elektrik tunggal di gandar belakang yang menghasilkan 296 PS (218 kW) dan 450 Nm tork. Pecutan 0–100 km/j dicatat pada 6.7 saat, sedikit perlahan berbanding versi EV sepenuhnya.
Tenaga disimpan dalam bateri LFP berkapasiti 55.8 kWh, yang menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 450 km (CLTC). Apabila generator petrol digunakan, jarak keseluruhan meningkat kepada 1,704 km. Penggunaan bahan api dianggarkan 2.24 liter/100 km, manakala apabila bateri habis, kenderaan masih mampu mencatat sekitar 5.9 liter/100 km.
Walaupun menggunakan sistem range extender, G6 PowerX masih mengekalkan platform elektrik 800-volt milik Xpeng. Ia turut menyokong 5C DC fast charging, membolehkan bateri dicas dari 10 hingga 80% dalam kira-kira 12 minit, sama seperti versi EV standard. Dari segi casis, model ini turut menerima adaptive dampers dengan AI-driven chassis control, bersama hydraulic bushings yang dipertingkatkan.
Rekaan luaran hampir sama dengan versi EV. Perubahan yang ketara hanyalah grille hadapan yang sedikit lebih terbuka serta penutup tangki bahan api.
Di dalam, G6 PowerX mengekalkan kabin versi facelift dengan paparan instrumen digital 10.25 inci dan skrin infotainment 15.6 inci. Antara kelengkapan lain termasuk dua wireless charger 50W, sistem audio 18-speaker Xopera, serta active noise cancellation yang didakwa pertama dalam kelas REEV.
Sistem bantuan pemandu dipacu oleh tiga cip Turing AI milik Xpeng dengan kuasa pengkomputeran 2,250 TOPS. Ini membolehkan penggunaan generasi kedua Vision-Language-Action (VLA) intelligent driving system yang direka untuk menyokong tahap automasi pemanduan yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Di China, Xpeng G6 PowerX dijual pada harga 186,800 yuan (sekitar RM 107,000) dan ditawarkan dalam satu varian sahaja.

