MINI Malaysia telah melancarkan MINI Paul Smith Edition, edisi khas (ditawarkan dalam jumlah terhad) berasaskan Cooper SE, dengan harga bermula RM 222,222 (OTR tanpa insurans). Dengan pakej MINI Service & Repair Inclusive (MSRI) yang merangkumi jaminan dan servis selama empat tahun, harga meningkat kepada RM 228,522. Kuasa dijana oleh motor elektrik pacuan hadapan yang menghasilkan
MINI Malaysia telah melancarkan MINI Paul Smith Edition, edisi khas (ditawarkan dalam jumlah terhad) berasaskan Cooper SE, dengan harga bermula RM 222,222 (OTR tanpa insurans). Dengan pakej MINI Service & Repair Inclusive (MSRI) yang merangkumi jaminan dan servis selama empat tahun, harga meningkat kepada RM 228,522.
Kuasa dijana oleh motor elektrik pacuan hadapan yang menghasilkan 218 PS dan 330 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 6.7 saat dan kelajuan maksimum 170 km/j. Bateri 54.2 kWh memberikan jarak pemanduan sehingga 402 km (WLTP).
Pengecasan menyokong sehingga 11 kW AC dan 95 kW DC fast charging, dengan pengecasan 10-80% mengambil masa kurang daripada 30 minit.
Dari segi rekaan, edisi Paul Smith ini menampilkan aksen Nottingham Green pada cermin sisi, gril dan penutup roda, bersama bumbung dengan jalur ikonik Paul Smith di bahagian belakang.
Ia menggunakan rim aloi 18 inci Slide Spoke dengan kemasan Nottingham Green dan Dark Steel, serta penutup tengah berlogo Paul Smith. Perincian lain termasuk lencana MINI berwarna Black Blue dan tulisan ‘Paul Smith’ pada pintu but.
Di dalam, kabin dilengkapi tempat duduk JCW Sports dengan kemasan Vescin dan corak Shadow Stripe, bersama label Paul Smith.
Papan pemuka turut menampilkan rekaan Shadow Stripe yang diinspirasikan daripada motif signature pereka tersebut.
Ciri eksklusif lain termasuk:
- Paparan lampu “hello” pada cermin sisi
- Sulaman motif arnab pada karpet
- Jalur tekstil berwarna pada stereng
- Tema paparan infotainmen khas rekaan Paul Smith
Model ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Inspired White dan Statement Grey.

