02 Jul 2026, 07:25:47 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Sony-Honda Batalkan Projek EV Afeela – Afeela 1 Tidak Jadi Dilancarkan

Sony Honda Mobility (SHM) telah mengumumkan bahawa pembangunan dan pelancaran projek kenderaan elektrik Afeela dibatalkan sepenuhnya, termasuk model Afeela 1 yang sebelum ini dirancang untuk memasuki fasa produksi. Keputusan ini dibuat susulan perbincangan antara syarikat induk Sony Group Corporation dan Honda Motor Co., selepas Honda mengkaji semula strategi elektrifikasinya baru-baru ini. Menurut SHM, perubahan hala

Sony Honda Mobility (SHM) telah mengumumkan bahawa pembangunan dan pelancaran projek kenderaan elektrik Afeela dibatalkan sepenuhnya, termasuk model Afeela 1 yang sebelum ini dirancang untuk memasuki fasa produksi.

Keputusan ini dibuat susulan perbincangan antara syarikat induk Sony Group Corporation dan Honda Motor Co., selepas Honda mengkaji semula strategi elektrifikasinya baru-baru ini.

Menurut SHM, perubahan hala tuju ini menyebabkan beberapa teknologi dan aset penting yang sepatutnya dibekalkan oleh Honda tidak lagi tersedia. Akibatnya, usaha sama tersebut tidak lagi mempunyai laluan yang jelas untuk membawa model Afeela ke pasaran seperti yang dirancang sebelum ini.

Sony-Honda Batalkan Projek EV Afeela – Afeela 1 Tidak Jadi Dilancarkan

Afeela 1 sebelum ini diperkenalkan sebagai model produksi pertama di bawah kerjasama Sony-Honda, dengan pelancaran dirancang di Amerika Syarikat pada 2025 dan penghantaran bermula pertengahan 2026.

Tempahan awal juga telah dibuka, dengan dua varian ditawarkan iaitu Origin dan Signature. SHM mengesahkan bahawa semua bayaran tempahan akan dipulangkan sepenuhnya kepada pelanggan.

Sony-Honda Batalkan Projek EV Afeela – Afeela 1 Tidak Jadi Dilancarkan

Untuk konteks, Afeela 1 diposisikan sebagai EV premium berasaskan perisian, menggabungkan kejuruteraan automotif Honda dengan kepakaran Sony dalam hiburan, sambungan dan kecerdasan buatan (AI). Ia dilengkapi sistem pacuan semua roda dengan dua motor elektrik menghasilkan 489 PS serta bateri 91 kWh yang menawarkan jarak sehingga 483 km (EPA).

Model ini turut menampilkan fokus besar pada teknologi kabin, termasuk paparan skrin penuh merentasi papan pemuka, pembantu digital berasaskan AI, sambungan 5G serta integrasi ekosistem hiburan Sony seperti permainan PlayStation secara jarak jauh.

Sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) dengan sehingga 40 sensor dan kuasa pemprosesan tinggi juga merupakan antara ciri utama.

Sony-Honda Batalkan Projek EV Afeela – Afeela 1 Tidak Jadi Dilancarkan

Pembatalan ini berlaku tidak lama selepas Honda mengumumkan pembatalan beberapa projek EV lain termasuk 0 Saloon, 0 SUV dan Acura RSX BEV, susulan perubahan keadaan pasaran.

Honda menyatakan bahawa permintaan EV yang semakin perlahan di sesetengah pasaran, perubahan dasar serta persaingan daripada pengeluar EV baharu menjadi faktor utama. Syarikat itu dijangka akan memberi lebih tumpuan kepada model hibrid serta pendekatan elektrifikasi yang lebih seimbang selepas ini.

Walaupun projek Afeela dibatalkan, SHM menyatakan bahawa perbincangan dengan Sony dan Honda akan diteruskan bagi menentukan hala tuju perniagaan seterusnya.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles