02 Jul 2026, 12:12:24 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Porsche 911 (992) “Speedster” Bakal Diperkenalkan 14 April Ini?

Porsche telah memberi bayangan mengenai satu varian baharu 911 yang akan diperkenalkan pada 14 April ini, namun pengeluar dari Jerman itu masih belum mendedahkan model sebenar yang dimaksudkan. Daripada imej teaser sahaja, maklumat memang terhad, tetapi ada beberapa petunjuk menarik. Bahagian hadapan yang dilitupi kain kelihatan mempunyai lubang ventilasi berhampiran hujung bonet, sama seperti yang

Porsche telah memberi bayangan mengenai satu varian baharu 911 yang akan diperkenalkan pada 14 April ini, namun pengeluar dari Jerman itu masih belum mendedahkan model sebenar yang dimaksudkan.

Daripada imej teaser sahaja, maklumat memang terhad, tetapi ada beberapa petunjuk menarik. Bahagian hadapan yang dilitupi kain kelihatan mempunyai lubang ventilasi berhampiran hujung bonet, sama seperti yang terdapat pada 911 GT3. Ini memberi bayangan bahawa model ini bukan sekadar varian Carrera biasa, tetapi sesuatu yang lebih tinggi dalam hierarki 911.

Porsche 911 (992) “Speedster” Bakal Diperkenalkan 14 April Ini?

Di bahagian belakang pula, tiada sayap besar seperti GT3. Ini mungkin menunjukkan pendekatan yang lebih ‘clean’ dan berfokus kepada pemanduan, berkemungkinan seperti versi Touring atau varian berasaskan GT3 tanpa elemen aero yang agresif.

Ada juga petunjuk kuat bahawa ini ialah model bumbung terbuka. Porsche menyifatkan model ini sebagai “one of the most exhilarating driver’s cars imaginable”, selain menggunakan frasa “open to what matters”, yang jelas merujuk kepada konfigurasi terbuka atau separa terbuka.

Kalau masih keliru, ini cara mudah untuk faham istilah Porsche bagi model tanpa bumbung.

Porsche 911 (992) “Speedster” Bakal Diperkenalkan 14 April Ini?

Cabriolet ialah versi paling biasa. Ia pada asasnya 911 standard dengan bumbung kain yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik, sesuai untuk kegunaan harian dengan pilihan pemanduan terbuka bila diperlukan.

Targa pula berada di tengah-tengah. Ia menggunakan struktur roll bar tetap dengan panel bumbung yang boleh dibuka, memberikan rasa terbuka tanpa menjadi convertible sepenuhnya. Lebih kepada gaya dan warisan berbanding fokus prestasi.

Speedster adalah yang paling istimewa. Biasanya ia model edisi terhad, lebih ringan dan sangat berfokus kepada pemandu. Ciri utama termasuk cermin depan yang lebih rendah dan bumbung yang minimal atau manual. Kurang praktikal, tetapi lebih kepada pengalaman pemanduan.

Spyder pula bukan untuk 911. Nama ini biasanya digunakan pada model enjin tengah seperti Boxster atau 918 Spyder, yang juga ringan dan berprestasi tinggi, tetapi dalam keluarga model yang berbeza.

Porsche 911 (992) “Speedster” Bakal Diperkenalkan 14 April Ini?

Melihat kepada corak model Porsche sebelum ini, kemungkinan besar ini ialah 992 Speedster. Namun, varian Cabriolet berasaskan GT3 atau model terbuka gaya Touring juga tidak boleh diketepikan buat masa ini.

Apa pun, jangkaan adalah sebuah model yang ringan, berfokus kepada pemanduan, dan berada di atas barisan Carrera biasa. Semua akan terjawab pada 14 April.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles