02 Jul 2026, 10:25:53 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Mazda CX-60 3.3L Bakal Tiba Di Malaysia? Harga Sekitar RM 252k

Seorang pengedar Mazda memberi bayangan bahawa CX-60 dengan trenkuasa 3.3 liter mild hybrid bakal diperkenalkan di Malaysia, dengan harga sekitar RM 252,872. Buat masa ini, Mazda CX-60 di Malaysia hanya ditawarkan dalam satu varian dengan enjin 2.5 liter NA 4-silinder, pada harga RM200,510. Untuk mereka yang mahukan lebih kuasa, inilah jawapannya. Enjin 3.3 liter e-Skyactiv-G

Seorang pengedar Mazda memberi bayangan bahawa CX-60 dengan trenkuasa 3.3 liter mild hybrid bakal diperkenalkan di Malaysia, dengan harga sekitar RM 252,872.

Buat masa ini, Mazda CX-60 di Malaysia hanya ditawarkan dalam satu varian dengan enjin 2.5 liter NA 4-silinder, pada harga RM200,510. Untuk mereka yang mahukan lebih kuasa, inilah jawapannya.

Mazda CX-60 3.3L Bakal Tiba Di Malaysia? Harga Sekitar RM 252k

Enjin 3.3 liter e-Skyactiv-G ini merupakan enjin turbo inline-six yang digandingkan dengan sistem mild hybrid 48V. Ia menghasilkan 284 PS dan 450 Nm, dengan tambahan 16 PS dan 153 Nm daripada motor elektrik. Kuasa disalurkan ke keempat-empat roda (AWD) melalui transmisi automatik lapan kelajuan.

Berdasarkan imej yang dikongsi daripada sumber sama, varian ini juga nampaknya hadir dengan beberapa perubahan visual. Bahagian luar dilihat menggunakan kemasan arch roda berwarna badan serta rim dua tona, membezakannya daripada model 2.5 NA sedia ada.

Di bahagian dalam, terdapat juga pilihan warna baharu, termasuk kemasan cerah seperti putih atau tan yang menyerupai apa yang ditawarkan pada CX-80.

Mazda CX-60 3.3L Bakal Tiba Di Malaysia? Harga Sekitar RM 252k

Jika harga sekitar RM252k ini tepat, CX-60 enjin inline-six ini akan berada di tengah-tengah antara varian 2.5 NA sedia ada dan CX-80 plug-in hybrid yang berharga RM296,610.

Setakat ini, Mazda Malaysia masih belum membuat pengumuman rasmi, jadi spesifikasi penuh, ciri dan harga muktamad masih belum disahkan.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles