02 Jul 2026, 12:25:42 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Honda Super-One EV Yang Berpotensi Ke Malaysia

Honda telah mendedahkan maklumat penuh mengenai Honda Super-One EV, dengan tempahan di Jepun dibuka bermula 16 April sebelum jualan bermula pada penghujung Mei. Diletakkan dalam segmen A, Super-One dibangunkan berasaskan model kei car N-One e:, tetapi disesuaikan untuk pasaran global dengan prestasi yang lebih tinggi. Dari segi rekaan, ia tampil dengan fender yang lebih kembang,

Honda telah mendedahkan maklumat penuh mengenai Honda Super-One EV, dengan tempahan di Jepun dibuka bermula 16 April sebelum jualan bermula pada penghujung Mei.

Diletakkan dalam segmen A, Super-One dibangunkan berasaskan model kei car N-One e:, tetapi disesuaikan untuk pasaran global dengan prestasi yang lebih tinggi.

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Honda Super-One EV Yang Berpotensi Ke Malaysia

Dari segi rekaan, ia tampil dengan fender yang lebih kembang, stance lebih lebar, serta elemen aerodinamik seperti saluran udara di bahagian hadapan dan belakang. Model ini akan ditawarkan dalam lima warna, termasuk warna baharu Boost Violet Pearl yang diinspirasikan daripada fenomena kilat di atmosfera.

Dalam mod biasa, motor elektrik menghasilkan 64 PS dan 162 Nm. Apabila Boost Mode diaktifkan, kuasa maksimum meningkat kepada 95 PS. Boost Mode ini turut membolehkan fungsi gear simulasi tujuh kelajuan dengan paddle shifter, bersama sistem bunyi enjin maya yang bertindak balas mengikut input pemandu.

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Honda Super-One EV Yang Berpotensi Ke Malaysia

Super-One dijangka menggunakan bateri 29.6 kWh, dengan jarak pemanduan sekitar 205 km (WLTP) atau sehingga 274 km berdasarkan kitaran WLTC.

Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 50 kW, dengan masa sekitar 30 minit untuk 20 hingga 80 peratus. Pengecasan AC pula pada kadar 6 kW mengambil kira-kira 4.5 jam untuk tahap yang sama. Model ini dibina di atas platform khas dengan jarak roda lebih lebar dan bateri diletakkan rendah di lantai, menghasilkan berat sekitar 1,090 kg. Versi global menggunakan satu port pengecas CCS2, manakala model Jepun dilengkapi dua port pengecas.

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Honda Super-One EV Yang Berpotensi Ke Malaysia

Di bahagian dalaman, Super-One menggunakan susun atur papan pemuka mendatar, tempat duduk gaya sporty, serta paparan digital dengan tiga meter yang menunjukkan suhu bateri, kuasa dan rpm maya. Ia turut dilengkapi skrin infotainmen 9 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, bersama paparan meter 7 inci. Sistem audio Bose dengan lapan pembesar suara termasuk subwoofer juga ditawarkan sebagai standard.

Honda Super-One akan masuk Malaysia?

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Honda Super-One EV Yang Berpotensi Ke Malaysia

Super-One sebelum ini dijangka akan diperkenalkan di Malaysia, namun pelaksanaan harga minimum RM250,000 untuk EV import sepenuhnya menjadikan kedudukannya agak mencabar dari segi harga.

Namun begitu, model ini pernah dikesan menggunakan nombor pendaftaran perdagangan Melaka, lokasi kilang pemasangan Honda Malaysia. Ini memberi bayangan bahawa pemasangan tempatan mungkin sedang dipertimbangkan bagi memastikan harga lebih kompetitif.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles