Susulan beberapa spekulasi yang tular di platform dalam talian, kini telah disahkan secara rasmi bahawa Kia Sales Malaysia Sdn. Bhd. (KSM) melantik Cycle & Carriage (C&C) sebagai rakan pengedar sah terbaharunya. Kerjasama antara dua pemain utama dalam landskap automotif tempatan ini menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang dan peluasan rangkaian Kia di
Susulan beberapa spekulasi yang tular di platform dalam talian, kini telah disahkan secara rasmi bahawa Kia Sales Malaysia Sdn. Bhd. (KSM) melantik Cycle & Carriage (C&C) sebagai rakan pengedar sah terbaharunya.
Kerjasama antara dua pemain utama dalam landskap automotif tempatan ini menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang dan peluasan rangkaian Kia di Malaysia. Pelanggan Kia boleh menjangkakan pusat sentuhan jualan yang dipertingkatkan, sokongan selepas jualan yang lebih baik, serta pengalaman pemilikan yang lebih berkualiti selaras dengan piawaian global terkini jenama tersebut.
“Pelantikan Cycle & Carriage, sebuah jenama automotif terkemuka di Malaysia dengan warisan menjangkau lebih 125 tahun, mencerminkan komitmen Kia untuk memperkukuh jejak peruncitan kami dan meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh negara. Pada masa yang sama, ia meletakkan jenama ini pada kedudukan yang lebih kompetitif dalam landskap automotif Malaysia yang dinamik,” kata Hyung Ho Kim, Ketua Pegawai Eksekutif KSM.
Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short, menambah, “Sebagai salah satu pengeluar kereta terbesar di dunia, Kia merupakan penambahan yang mantap kepada portfolio kami. Kami berbangga menyambut kehadiran jenama ini dan berharap dapat memanfaatkan kepakaran automotif serta kecemerlangan jualan, selepas jualan, dan servis Cycle & Carriage yang mengutamakan pelanggan bagi meluaskan capaian pasaran jenama ini, seterusnya memberikan perjalanan pemilikan yang luar biasa kepada pelanggan di Malaysia.”
Langkah seterusnya dalam perkongsian ini adalah pembukaan bilik pameran dan pusat servis Kia oleh C&C di seluruh negara.
