Toyota Yaris Cross kini rasmi dilancarkan di Malaysia. Dua varian ditawarkan, bermula dengan Toyota Yaris Cross 1.5S pada harga RM 99,900, manakala Toyota Yaris Cross 1.5S Hybrid pula berharga RM 109,900. Dibina atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), Yaris Cross pasaran ASEAN ini berukuran 4,310 mm panjang, 1,770 mm lebar dan 1,615 mm tinggi,
Toyota Yaris Cross kini rasmi dilancarkan di Malaysia. Dua varian ditawarkan, bermula dengan Toyota Yaris Cross 1.5S pada harga RM 99,900, manakala Toyota Yaris Cross 1.5S Hybrid pula berharga RM 109,900.
Dibina atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), Yaris Cross pasaran ASEAN ini berukuran 4,310 mm panjang, 1,770 mm lebar dan 1,615 mm tinggi, dengan jarak roda 2,620 mm.
Dari segi rekaan, Yaris Cross tampil dengan gaya SUV yang lebih rugged berbanding Yaris hatchback biasa. Ia menampilkan gril hadapan besar, cladding pada arch roda, lampu LED yang lebih nipis serta rim aloi dua tona 18 inci.
Untuk varian petrol, Yaris Cross dikuasakan oleh enjin 1.5 liter naturally aspirated empat silinder yang menghasilkan 106 PS dan 138 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT yang memacu roda hadapan.
Sementara itu, Yaris Cross Hybrid menggunakan enjin 1.5 liter Atkinson-cycle bersama motor elektrik, membentuk sistem full hybrid yang mampu bergerak dalam mod EV pada kelajuan rendah. Motor elektrik menghasilkan 80 PS dan 141 Nm, manakala enjin pula menghasilkan 91 PS dan 121 Nm. Output gabungan adalah 111 PS, disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi e-CVT.
Di bahagian dalaman, kedua-dua varian hadir standard dengan paparan instrumen TFT LCD 7 inci bersama speedometer digital LED, skrin infotainmen 10.1 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, adaptive cruise control, adaptive high beam serta pencahayaan ambien. Varian Hybrid turut menerima pengecas telefon tanpa wayar sebagai kelengkapan standard.
Dari segi keselamatan, Yaris Cross dilengkapi Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi fungsi ADAS seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), Lane Tracing Assist (LTA) dan Automatic High Beam (AHB).
Lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Dark Turquoise, Silver Metallic, Attitude Black, Spicy Scarlet SE dan Platinum Pearl White, dengan pilihan Platinum Pearl White dikenakan tambahan RM400.
Toyota Yaris Cross dijual dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan. Untuk varian Hybrid, ia turut menerima waranti lapan tahun bagi bateri, inverter dan power management ECU, yang boleh dilanjutkan dua tahun lagi dengan bayaran RM2,500.
Pelanggan juga boleh memilih pakej servis berharga RM2,350 untuk tiga tahun/60,000 km atau RM3,650 untuk lima tahun/100,000 km.



