02 Jul 2026, 12:13:39 PM

Top 5 This Week

Related Posts

BMW M3 Elektrik Dipratonton Melalui M Concept Neue Klasse, Quad-Motor M eDrive, Lebih Dari 1000 hp?

BMW telah mendedahkan BMW M Concept Neue Klasse di Le Mans 24 Hours, sebagai pratonton kepada hala tuju reka bentuk dan teknologi untuk model BMW M elektrik pada masa akan datang. BMW tidak secara rasmi memanggil model ini sebagai M3 generasi baharu, dan konsep ini juga tidak ditujukan untuk dijual dalam bentuk semasa. Namun begitu,

BMW telah mendedahkan BMW M Concept Neue Klasse di Le Mans 24 Hours, sebagai pratonton kepada hala tuju reka bentuk dan teknologi untuk model BMW M elektrik pada masa akan datang. BMW tidak secara rasmi memanggil model ini sebagai M3 generasi baharu, dan konsep ini juga tidak ditujukan untuk dijual dalam bentuk semasa. Namun begitu,

BMW telah mendedahkan BMW M Concept Neue Klasse di Le Mans 24 Hours, sebagai pratonton kepada hala tuju reka bentuk dan teknologi untuk model BMW M elektrik pada masa akan datang.

BMW tidak secara rasmi memanggil model ini sebagai M3 generasi baharu, dan konsep ini juga tidak ditujukan untuk dijual dalam bentuk semasa. Namun begitu, ia dilihat sebagai petunjuk paling jelas setakat ini kepada BMW M3 elektrik pertama, yang dikatakan dikenali secara dalaman sebagai ZA0 dan dijangka tiba pada 2027.

BMW M3 Elektrik Dipratonton Melalui M Concept Neue Klasse, Quad-Motor M eDrive, Lebih Dari 1000 hp?

Konsep ini memperkenalkan bahasa reka bentuk baharu BMW M untuk era Neue Klasse, menggabungkan bentuk sedan yang lebih kompak dan berotot dengan elemen diinspirasikan daripada motorsport. Antaranya termasuk arch roda yang lebar, bonet berbentuk V dengan air outlet untuk penyejukan sistem elektrik, shark nose di bahagian hadapan serta lampu utama yang digabungkan dengan kidney grille dalam satu unit.

Ia turut menggunakan BMW M Yellow Lights, yang menurut BMW akan menjadi ciri identiti baharu untuk model M akan datang. Lampu kuning ini diinspirasikan daripada kereta lumba GT dan BMW M Hybrid V8.

BMW M3 Elektrik Dipratonton Melalui M Concept Neue Klasse, Quad-Motor M eDrive, Lebih Dari 1000 hp?

Di hadapan, konsep ini menggunakan bumper gaya trimaran, yang diinspirasikan daripada bot layar berkelajuan tinggi. Rekaan tiga bahagian itu juga berfungsi sebagai sokongan struktur untuk front splitter. Di belakang, tema trimaran yang sama diteruskan bersama Track Lights tiga dimensi, floating diffuser dan ducktail spoiler untuk meningkatkan downforce pada gandar belakang.

Bahan natural fibre digunakan pada bahagian luaran dan dalaman, termasuk front splitter, air outlet pada bonet dan diffuser. Konsep ini diperkenalkan dalam warna Monza Red metallic, bersama rim centre-lock merah dan biru yang menghubungkannya secara visual dengan BMW M dan motorsport.

BMW M3 Elektrik Dipratonton Melalui M Concept Neue Klasse, Quad-Motor M eDrive, Lebih Dari 1000 hp?

Sorotan teknikal utama ialah BMW M eDrive, sistem pacuan elektrik berprestasi tinggi baharu yang berasaskan teknologi elektrik generasi keenam Neue Klasse. Sistem ini menggunakan empat motor elektrik, dengan kawalan khusus untuk setiap roda bagi sistem pacuan dan brek.

Menurut BMW, tetapan ini membolehkan prestasi recuperation yang tinggi, cengkaman optimum hampir pada hadnya, serta tindak balas yang lebih terus. Sistem empat motor ini dikawal oleh BMW M Dynamic Performance Control, yang beroperasi melalui komputer berprestasi tinggi Heart of Joy.

BMW M3 Elektrik Dipratonton Melalui M Concept Neue Klasse, Quad-Motor M eDrive, Lebih Dari 1000 hp?

Heart of Joy ialah unit kawalan pusat BMW untuk platform Neue Klasse. Dalam aplikasi ini, ia menguruskan pacuan, brek, stereng dan recuperation tenaga dengan cara yang lebih bersepadu. Ini dijangka menjadi antara aspek penting dalam usaha BMW M mengekalkan rasa pemanduan dan ketepatan yang diharapkan daripada sebuah model M dalam era elektrik.

Konsep ini menggunakan seni bina elektrik 800V dan bateri voltan tinggi dengan kapasiti tenaga melebihi 100 kWh. BMW berkata bateri tersebut menggunakan versi sel silinder generasi keenam yang dioptimumkan khusus untuk BMW M, dengan fokus kepada output tinggi ketika pecutan dan juga ketika pengecasan.

Perumah bateri voltan tinggi itu juga diintegrasikan secara struktur dengan gandar hadapan dan belakang, sekali gus membantu meningkatkan ketegaran keseluruhan serta dinamik pemanduan.

BMW M3 Elektrik Dipratonton Melalui M Concept Neue Klasse, Quad-Motor M eDrive, Lebih Dari 1000 hp?

BMW belum mengesahkan angka output, kelajuan pengecasan, jarak pemanduan atau prestasi untuk model produksi. Namun, laporan menyatakan BMW M3 elektrik produksi mungkin menghasilkan lebih 800 hp, tapi juga ada yang kata 1000 hp, menjadikannya antara model produksi BMW M paling berkuasa setakat ini.

Di dalam, M Concept Neue Klasse menampilkan kabin yang lebih ringkas dan berorientasikan pemandu, dengan empat bucket seat. Tempat duduk tersebut menggunakan elemen struktur natural fibre dan kemasan kulit Merino dua tona Bathurst Blue serta Berry Red. Turut disertakan ialah tali pinggang keselamatan lima poin berwarna merah, kulit nubuck hitam pada stereng, panel pintu dan roll bar, serta dashboard terapung dengan kemasan black knit dan pencahayaan hexagonal khusus M.

BMW M3 Elektrik Dipratonton Melalui M Concept Neue Klasse, Quad-Motor M eDrive, Lebih Dari 1000 hp?

Seperti kebanyakan kereta konsep, tidak semua elemen dalaman ini dijangka dibawa ke model produksi. Namun, hala tujunya jelas menunjukkan bahawa model BMW M elektrik pada masa akan datang akan memberi lebih tumpuan kepada bahan ringan, paparan digital bersepadu dan susun atur kabin yang lebih diinspirasikan daripada motorsport.

Walaupun BMW M3 elektrik dijangka menjadi sebahagian daripada barisan masa depan BMW M, laporan turut menyatakan bahawa M3 dengan enjin pembakaran dalaman masih akan diteruskan bersama-sama model elektrik tersebut. Model itu dijangka menggunakan versi terkini enjin enam silinder sebaris S58 dengan bantuan mild-hybrid 48V, namun BMW masih belum mengesahkan butiran tersebut secara rasmi.

Buat masa ini, BMW M Concept Neue Klasse menjadi petunjuk paling jelas tentang bagaimana BMW mahu mentafsir semula prestasi M untuk era elektrik, dengan kawalan quad-motor, perkakasan 800V dan bateri besar beroutput tinggi sebagai asas teknikalnya.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles