Sempena kedatangan tahun baharu, BHPetrol memperkenalkan konsep dan identiti penjenamaan semula bagi BHPetromart dan eNak. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta mencerminkan perspektif peruncitan dan identiti jenama yang lebih moden. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan di stesen BHPetrol Kg. Sungai Kayu Ara yang terletak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), menghala ke plaza tol Lebuhraya
Sempena kedatangan tahun baharu, BHPetrol memperkenalkan konsep dan identiti penjenamaan semula bagi BHPetromart dan eNak. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta mencerminkan perspektif peruncitan dan identiti jenama yang lebih moden.
Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan di stesen BHPetrol Kg. Sungai Kayu Ara yang terletak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), menghala ke plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan.
eNak merupakan jenama produk sedia untuk dimakan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang telah disediakan seperti kopi, pastry dan hidangan siap masak di BHPetromart terpilih. Konsep ini memberikan tumpuan kepada kemudahan, kepantasan, dan kepuasan buat para pelanggan mart tersebut.
Kiosk eNak di BHPetrol Kg. Sungai Kayu Ara merupakan kiosk keempat yang menggunakan penjenamaan semula ini, dan jumlahnya dijangka melebihi 50 kiosk di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang. Buat masa ini, tiga kiosk pertama tersedia di stesen berikut:
- BHPetrol KL-Klang Highway
- BHPetrol Taman Melawati
- BHPetrol Kg. Baharu Puchong
Selain itu, BHPetromart sendiri telah memperluaskan rangkaian produk di rak jualan dengan menawarkan lebih banyak barangan keperluan harian, termasuk produk penjagaan diri untuk kemudahan pelanggan.
BHPetrol telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC), sebuah anak syarikat MARA, bagi menghasilkan konsep dan imej baharu yang lebih segar untuk BHPetromart dan eNak.
Stesen Kg. Sungai Kayu Ara menawarkan rangkaian lengkap bahan api BHPetrol yang merangkumi Infiniti Petrol 95, 97, Diesel B10, dan Diesel B7. Di samping itu, pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk kedai BHPetromart dengan kiosk eNak, surau, kiosk Dunkin’, stesen pengecasan kenderaan elektrik (JomCharge), perkhidmatan cuci kereta dan tandas.


