02 Jul 2026, 03:59:22 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Kia EV2 Sedia Menentang Kenderaan Elektrik Kompak dari China

Jangan terpedaya dengan saiznya. Walaupun Kia EV2 yang baru sahaja diperkenalkan ini tampil dengan dimensi yang kecil, ia memiliki cita-cita besar dalam persediaannya untuk bersaing dalam arena EV kompak mampu milik dan berhadapan dengan pencabar dari China. Memulakan debutnya di Pameran Motor Brussels 2026, EV2 akan dipasang di Slovakia. Dari sudut kosmetik, ia membawakan bahasa

Jangan terpedaya dengan saiznya. Walaupun Kia EV2 yang baru sahaja diperkenalkan ini tampil dengan dimensi yang kecil, ia memiliki cita-cita besar dalam persediaannya untuk bersaing dalam arena EV kompak mampu milik dan berhadapan dengan pencabar dari China. Memulakan debutnya di Pameran Motor Brussels 2026, EV2 akan dipasang di Slovakia. Dari sudut kosmetik, ia membawakan bahasa

Jangan terpedaya dengan saiznya. Walaupun Kia EV2 yang baru sahaja diperkenalkan ini tampil dengan dimensi yang kecil, ia memiliki cita-cita besar dalam persediaannya untuk bersaing dalam arena EV kompak mampu milik dan berhadapan dengan pencabar dari China.

Memulakan debutnya di Pameran Motor Brussels 2026, EV2 akan dipasang di Slovakia. Dari sudut kosmetik, ia membawakan bahasa reka bentuk unik rangkaian EV Kia, dengan pengaruh kuat daripada “abang besarnya”, iaitu EV3 dan EV9.

Kia EV2 Sedia Menentang Kenderaan Elektrik Kompak dari China

Model ini berukuran 4,060 mm panjang, 1,800 mm lebar, dan 1,575 mm tinggi dengan jarak roda 2,565 mm. Ini menjadikannya 80 mm lebih pendek berbanding Renault 4 E-Tech yang berkonsepkan retro, yang bakal menjadi pesaing utamanya. Di rantau ini, saiz EV2 dilihat lebih menghampiri Proton eMas 5, namun jauh lebih kecil berbanding BYD Atto 2.

Ia akan dibina di atas platform khusus EV iaitu E-GMP dengan seni bina 400V dan ditawarkan dengan dua pilihan, iaitu varian “standard Range” yand dilengkapi bateri 42.2 kWj yang memacu motor elektrik hadapan 145 PS, dengan jarak gerak dinilai WLTP sejauh 317 km.

Kia EV2 Sedia Menentang Kenderaan Elektrik Kompak dari China

Varian “Long Range” pula dilengkapi bateri 61.0 kWj dengan jarak gerak sehingga 448 km. Walau bagaimanapun, motor bagi varian ini menghasilkan kuasa lebih rendah iaitu 136 PS. Dengan beban yang lebih berat, ia mencatatkan masa yang lebih perlahan dalam pecutan 0-100 km/j. Kedua-dua varian mempunyai kelajuan maksimum 160 km/j.

Tiada versi pacuan semua roda (AWD) bagi EV2 kerana tetapan ampaian belakang jenis “torsion beam” tidak memberikan ruang yang mencukupi untuk pemasangan motor elektrik di bahagian belakang.

Kia EV2 Sedia Menentang Kenderaan Elektrik Kompak dari China

Kelajuan pengecasan AC adalah 11 kW untuk bateri kecil dan 22 kW untuk bateri besar. Pengecasan pantas DC turut tersedia, namun Kia belum mendedahkan butiran terperinci mengenainya. Pihak Kia menyatakan bahawa varian “standard” boleh dicas dalam masa kira-kira 29 minit, manakala varian “long range” mengambil masa sedikit lama, iaitu 30 minit.

EV2 juga akan menyokong keupayaan “vehicle-to-load” (V2L) serta fungsi “vehicle-to-grid” (V2G), yang membolehkan tenaga elektrik disalurkan semula ke rangkaian grid kuasa.

Kia EV2 Sedia Menentang Kenderaan Elektrik Kompak dari China

Selain kapasiti bateri, pembeli mempunyai pilihan dua konfigurasi tempat duduk belakang, iaitu versi empat dan lima tempat duduk. Versi empat tempat duduk terdiri daripada dua kerusi individu di belakang, manakala versi lima tempat duduk menggunakan tempat duduk bangku biasa dengan penyandar yang boleh dilipat secara berasingan.

Kapasiti kargo bagi versi empat tempat duduk mencecah sehingga 403 liter apabila kerusi individu ditolak ke hadapan. Bagi kedua-dua varian dalam konfigurasi standard, ruang kargo adalah sebanyak 332 liter. Terdapat juga but hadapan (frunk) berkapasiti 15 liter.

Kia EV2 Sedia Menentang Kenderaan Elektrik Kompak dari China

Bagi mengelakkan persepsi ‘murah’, Kia telah memperkemaskan ruang dalaman dengan kemasan fabrik dan elemen lampu ambien pada papan pemuka serta pintu.

Papan pemukanya menempatkan dua skrin 12.3 inci untuk kluster instrumen dan sistem infotainmen, dengan skrin sentuh kawalan suhu 5.3 inci yang lebih kecil terletak di antaranya. Mujurlah, suis fizikal untuk kawalan suhu masih dikekalkan di bawah corong udara tengah. Terdapat juga roda tatal fizikal untuk audio dan jalur kapasitif untuk pintasan infotainmen di bawah skrin sentuh utama.

Kia EV2 Sedia Menentang Kenderaan Elektrik Kompak dari China

Ciri-ciri tambahan termasuk sistem bunyi Harman/Kardon dengan lapan pembesar suara, kunci digital melalui telefon pintar dan aplikasi telefon pintar untuk sambungan jarak jauh.

Aspek keselamatan merangkumi brek kecemasan autonomi, kamera 360 darjah, bantuan parkir jarak jauh, pemantauan titik buta, bantuan kekal lorong, dan amaran trafik silang belakang.

Pengeluaran EV2 akan bermula pada Februari tahun ini, dimulakan dengan varian “standard range.” Masih belum dapat dipastikan sama ada EV kompak ini akan dibawa masuk ke rantau ini, namun memandangkan Kia kini mempunyai syarikat jualan nasional di sini, kemungkinan tersebut tetap ada.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles