Proton telah menerima 7,157 tempahan untuk 2026 Proton S70 MC1 sejak tempahan dibuka pada 11 Februari lalu. Secara keseluruhan, jumlah penghantaran Proton S70 kini telah mencecah 40,112 unit sejak model ini diperkenalkan pada November 2023. “Pencapaian melepasi angka 40,000 unit sejak pelancarannya merupakan satu kejayaan penting bagi Proton dan menunjukkan keyakinan berterusan rakyat Malaysia terhadap
Proton telah menerima 7,157 tempahan untuk 2026 Proton S70 MC1 sejak tempahan dibuka pada 11 Februari lalu. Secara keseluruhan, jumlah penghantaran Proton S70 kini telah mencecah 40,112 unit sejak model ini diperkenalkan pada November 2023.
“Pencapaian melepasi angka 40,000 unit sejak pelancarannya merupakan satu kejayaan penting bagi Proton dan menunjukkan keyakinan berterusan rakyat Malaysia terhadap model ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Datuk Abdul Rashid Musa.
“Proton akan terus membina momentum ini sambil memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang kukuh, disokong oleh rangkaian perkhidmatan Proton di seluruh negara,” tambah beliau.
Sebagai imbasan, 2026 Proton S70 MC1 kini ditawarkan dalam empat varian:
- S70 1.5TD Executive – RM68,800
- S70 1.5TD Premium – RM74,800
- S70 1.5TD Flagship – RM84,800
- S70 1.5TD Flagship X – RM89,800
Kemas kini paling ketara pada S70 versi terkini ini ialah penggunaan enjin baharu BHE15-EFZ i-GT turbo 1.5 liter empat silinder dengan suntikan terus, yang menggantikan enjin tiga silinder sebelum ini.
Enjin tersebut menghasilkan 181 PS pada 5,500 rpm dan 290 Nm tork dari 2,000 hingga 3,500 rpm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar basah tujuh kelajuan yang memacu roda hadapan.
