Data jualan kenderaan baharu terbaharu daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan penurunan ketara sebanyak 18.5% bagi Februari 2026 berbanding bulan sebelumnya. Penurunan ini dikaitkan dengan jumlah hari yang singkat pada bulan tersebut, ditambah pula dengan sambutan Tahun Baru Cina yang menyebabkan hanya terdapat 17 hari bekerja. Februari 2026 mencatatkan sebanyak 52,414 kenderaan penumpang dan komersial
Data jualan kenderaan baharu terbaharu daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan penurunan ketara sebanyak 18.5% bagi Februari 2026 berbanding bulan sebelumnya. Penurunan ini dikaitkan dengan jumlah hari yang singkat pada bulan tersebut, ditambah pula dengan sambutan Tahun Baru Cina yang menyebabkan hanya terdapat 17 hari bekerja.
Februari 2026 mencatatkan sebanyak 52,414 kenderaan penumpang dan komersial terjual, kurang hampir 12,000 unit berbanding 64,298 unit pada Januari 2026. Selain itu, angka tersebut juga menunjukkan penurunan sebanyak 19.4% berbanding 65,052 unit pada Februari 2025.
Secara keseluruhan, jualan tahun setakat ini (YTD) mencatatkan 116,712 unit, atau 1.0% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025.
Walau bagaimanapun, MAA menjangkakan jualan akan kembali melonjak pada Mac 2026 berikutan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menyaksikan jenama-jenama automotif melancarkan promosi serta rebat untuk merangsang jualan.
MAA tetap mengekalkan unjuran bahawa jumlah volum industri (TIV) bagi tahun 2026 tidak dijangka menyamai rekod tertinggi 820,752 unit pada tahun 2025. Sebaliknya, ia diramalkan berada sekitar 790,000 unit, atau penurunan sebanyak 3.8%, terutamanya disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup dan kuasa beli pengguna yang lebih lemah.
